Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nafas baharu pada lagu-lagu popular Sheila Majid di konsert SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penyanyi tidak asing lagi dari Malaysia, Sheila Majid kembali membuat persembahan di Singapura selepas lima tahun.

Konsert 'Sheila Majid Big Band Live in Singapore 2023' akan diadakan pada Jumaat (20 Okt) di The Star Theatre.

Meskipun tidak mengeluarkan sebarang album baharu sejak 2016, Sheila berkata beliau menyahut permintaan para peminatnya untuk mengadakan konsert.

Setelah dua konsert yang juga bertemakan Big Band disambut dengan baik di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sheila kini membawa konsert tersebut untuk para peminatnya di Singapura.

Beliau akan mendendangkan lagu-lagu yang dihasilkan sepanjang 38 tahun dalam industri muzik dan memberi lagu-lagu tersebut nafas baru dengan sentuhan khas oleh komposer dan penyusun termasyhur Mac Chew bersama Big Band.

Big Band terdiri daripada 22 ahli muzik hebat termasuk seksyen irama. Meskipun istilah Big Band biasanya dikaitkan dengan muzik klasik, kabaret dan jazz, ia sudah berkembang dan diperluaskan merangkumi muzik pop terkini seperti Michael Buble dan Bruno Mars.
PERSEMBAHAN LEBIH 2 JAM

Dalam konsertnya, para peminat Sheila akan dihiburkan dengan lagu-lagu popularnya seperti Sinaran, Antara Anyer dan Jakarta dan Ku Mohon.

"Ku Mohon adalah lagu yang saya tulis sebagai doa, ia adalah lagu pertama yang pernah saya tulis. Saya ingin orang ramai mendengar dan boleh menghayati lirik-liriknya," kata Sheila dalam sidang media yang diadakan para Rabu (18 Okt).

"Ada peminat saya yang beritahu saya lagu Ku Mohon membantu mereka harungi detik-detik mencabar dalam kehidupan mereka dan saya amat terharu," tambah beliau.

Sheila amat teruja dan tidak sabar bertemu mesra dengan peminat-peminatnya di Singapura.

"Saya hanya ada satu permintaan bagi peminat-peminat iaitu untuk berdiri daripada lagu pertama dan menyanyikan lagu-lagu saya bersama," kata Sheila.

Tiket masih boleh didapatkan di Sistic. Harga tiket bermula daripada S$68.
Gambar: Offshore Entertainment
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan