Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nad Zainal tunjuk petanda positif, paras oksigen semakin bertambah, pernafasan kembali stabil

Anggaran Waktu Membaca:
Nad Zainal tunjuk petanda positif, paras oksigen semakin bertambah, pernafasan kembali stabil

Gambar: Instagram/ [at] nad.zainal

KUALA LUMPUR: Keadaan pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri akibat jangkitan kuman di paru-paru, dilaporkan semakin menunjukkan petanda positif.

Dalam maklumat terbaru yang diterima Astro AWANI, paras oksigen dalam darah pelakon Dendam Seorang Isteri itu semakin bertambah, dan pernafasannya juga kembali stabil.

"Nanad masih lemah ... Alhamdulillah rawatan terbaru ini nampaknya beri kesan, sebab pagi tadi (23 Nov) paras oksigen beliau sangat rendah dan paru-paru masih berdarah.

"Doktor tukar rawatan lain dan beliau masih ditidurkan, tetapi keadaannya lebih baik dari pagi tadi," kata sumber itu.

Terdahulu, media melaporkan pelakon berusia 32 tahun itu dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin (21 Nov) lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Beliau dilaporkan mula tidak sihat sejak Jumaat lalu (18 Nov), lapor Astro AWANI.

Selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6.00 petang pada Rabu, berikutan Nad berdepan masalah pernafasan.

Susulan itu, menerusi media sosial, sejumlah artis tempatan bersolidariti dan mengajak seluruh peminat industri hiburan untuk sama-sama mendoakan kesembuhan Nad.

Sementara itu, pelakon Umie Aida pula akan menganjurkan majlis bacaan Yasin buat Nad. Majlis berkenaan akan diadakan pada Khamis malam (24 Nov) di kediamannya di Kuala Lumpur.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan