Nad Zainal semakin pulih, sudah mula bercakap
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/ [at] nad.zainal
KUALA LUMPUR: Pelakon Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang banyak menunjukkan perkembangan positif biarpun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.
Menurut Ungku, Nad kini tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan sudah boleh bercakap walaupun keadaannya masih lemah.
“Alhamdulillah hari demi hari dia banyak menunjukkan perkembangan positif dan proses pemulihan dia juga sangat baik.
“Dia tidak lagi menggunakan tiub pernafasan, walaubagaimanapun dia masih lagi dalam ICU. Kita doakan semuanya mudah dan berjalan dengan lancar.
“Doktor akan melancarkan prosedur lain untuk memastikan oksigen cukup. Sekarang pun oksigennya masih kurang stabil, kadang-kadang turun sebab ini baru hari pertama nak senada dengan paru-paru dia sendiri.
“Dia sudah boleh bercakap, suaranya sangat-sangat perlahan, serak, susah nak dengar. Tetapi dari segi pergerakkan, Nad sudah boleh pegang telefon tetapi tidak boleh menaip kerana masih lemah.
“Nanti akan ada fisioterapi, Insya-Allah. Dia ada demam sikit, kadang-kadang badan dia panas. Paru-paru dia juga sudah boleh kembang kencup balik,” jelasnya.
Ungku berkata demikian menerusi video yang dimuat naik dalam hantaran terbaru di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ungku juga berharap agar orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai keadaan Nad ketika ini.
“Saya mohon sangat agar sudah-susahlah membuat spekulasi tentang apa yang menyebabkan penyakit dia.
“COVID panjang, masalah buah pinggang, semua ini tidak keluar dari mulut doktor. Benda ini haruslah dihentikan.
“Sepanjang saya di hospital dan bersama doktor, dimaklumkan tidak ada kena mengena dengan apa yang dia makan.
“Sudah-sudahlah tu, tolonglah. Kita tidak mahu benda ini menjadi punca melarat dan beri ancaman,” jelasnya.

Sumber : Sumber Web/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.