Nad Zainal keluar ICU, dalam keadaan ceria
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: New Straits Times
KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal akhirnya dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) di Ampang Puteri Specialist Hospital selepas sebulan di sana.
Demikian lapor New Straits Times pada Selasa (20 Dis).
Rakan usaha sama Nad, penerbit drama dan pengarah Shahrulezad Mohameddin berkata, pelakon Kampung Girl itu kini berada dalam keadaan stabil dan sudah boleh melakukan rutin harian, walaupun doktor masih memantau keadaannya.
“Ini merupakan berita baik. Nad tidak lagi berada di ICU, tidak lagi diintubasi dan boleh ketawa dan tersenyum seperti dahulu.
"Dia boleh ke tandas walaupun kami menasihatkannya supaya tidak melakukannya kerana paru-parunya tidak kuat," kata Shahrulezad dalam catatan Instagram semalam.
Shahrulezad juga berkata, keluarga Nad mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakannya atas doa yang tidak henti-henti dan menggesa orang ramai untuk hanya mengikuti perkembangan terkini proses pemulihan pelakon itu daripada keluarganya, rakan karibnya, pelakon Ungku Ismail Aziz atau dirinya sendiri.
Nad telah dimasukkan ke hospital sejak 23 November akibat penyakit auto-imun, yang menyebabkan pendarahan di paru-parunya.
Dia diletakkan dalam koma oleh doktor yang berjaya menghentikan pendarahan.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.