Nad Zainal dimasukkan ke ICU akibat jangkitan kuman pada paru-parunya
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi Berita
KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.
Menurut pengurus kepada selebriti Sherry Al Hadad dan juga rakan baik Nad Zainal iaitu Aina Liza, beliau dimaklumkan keadaan pelakon berusia 32 tahun itu stabil namun masih dipantau di ICU, seperti dinukil Astro Gempak.
“Saya difahamkan Nad Zainal mengalami jangkitan kuman di paru-paru (lung infection). Tapi saya tak tahu sebenarnya bila beliau dijangkiti.
“Yang saya dapat maklumat dari pembantu peribadinya, beliau baru saja dimasukkan ke ICU. Tapi doktor kata keadaannya sekarang stabil cuma masih di ICU.
“Sebelum ini beliau memang ada pergi pemeriksaan doktor tapi ingatkan tidak serius. Mungkin 'long COVID-19' tapi saya pun tak berapa pasti,” katanya kepada Astro Gempak.
Awal dari itu, Aina menerusi laman Instastory miliknya pada Selasa (22 Nov) memohon semua orang mendoakan Nad Zainal yang kini dirawat di ICU.
Perkara itu turut disahkan oleh wakil produksi Nad Zainal kepada Astro Gempak.
"Saya mohon doa-doa semua kepada heroin kita Nad, yang dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman paru-paru.
"Beberapa prosedur telah dilaksanakan, beliau kini stabil menurut laporan doktor," maklumnya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.