Nabila Huda 'terkejut' watak Maria muncul dalam Munafik 2
Pelakon Nabila Huda tidak menyangka watak Maria lakonannya dalam filem Munafik 1 turut dimuatkan dalam filem susulan Munafik 2 yang sedang hangat ditayangkan di pawagam.
Nabila Huda sebagai watak Maria (Gambar: Munafik 2)
MALAYSIA: Pelakon Nabila Huda tidak menyangka watak Maria lakonannya dalam filem Munafik 1 turut dimuatkan dalam filem susulan Munafik 2 yang sedang hangat ditayangkan di pawagam.
Selepas menonton filem arahan Syamsul Yusof itu pada minggu lalu, pelakon yang mesra disapa dengan nama panggilan Abil itu mengakui dirinya rasa terharu, menurut Astro Awani.
"Sejujurnya, saya terkejut dan terharu apabila melihat babak yang melibatkan Maria dalam filem lalu turut dimuatkan dalam filem Munafik 2.
"Tak sangka, Syamsul ingat juga kepada saya. Saya juga gembira apabila mendengar berita filem ini menerima kutipan 'box office'. Tahniah kepada Syamsul dan seluruh tenaga produksi," katanya seperti ditukil Astro Awani.
Tambah Abil, beliau juga gembira melihat sambutan baik dari kalangan penonton terhadap filem tempatan sejak kebelakangan ini.
"Bermula dari filem Pulang, seterusnya filem Hantu Kak Limah, penonton sudah mula memberikan respon positif terhadap filem tempatan.
"Kutipan pecah panggung Hantu Kak Limah benar-benar membuka mata ramai pihak dan penerimaan penonton terhadap filem Munafik 2 juga memberi satu dimensi baru terhadap dunia perfileman.
"Semoga filem lain juga mula diterima dengan baik oleh penonton tempatan dan saya berharap agar sokongan terhadap filem Melayu semakin bertambah," kongsi beliau bersama Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.