Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nabila Huda disahkan positif COVID-19 buat kali kedua

Anggaran Waktu Membaca:
Nabila Huda disahkan positif COVID-19 buat kali kedua

Nabila Huda. (Gambar: kupu_kupu/ Instagram)

Diterbitkan : 11 Mar 2022 10:38AM Dikemas Kini : 11 Mar 2022 10:39AM

PERLIS: Aktres hebat Nabila Huda disahkan positif COVID-19 buat kali kedua melalui ujian kendiri.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 38 tahun, kesakitan yang dirasainya kini agak teruk berbanding pertama kali positif menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada tahun lalu, seperti dinukil Astro AWANI.

“Saya kena COVID lagi buat kali kedua tapi kali ni saya rasa macam sakit dia lebih teruk daripada kali pertama.

“Kali kedua ini saya ada beberapa simptom seperti sakit tekak yang sakit sangat, selesema serta demam," jelas beliau menerusi satu hantaran video di IG Storynya sebentar tadi.

Berkongsi situasi terkini, Abil sedang menjalani tempoh kuarantin di negeri Perlis memandangkan dia berada di set penggambaran filem "Telaga Suriram" arahan pengarah terkenal Osman Ali, lapor Astro AWANI.

Turut sama disahkan positif adalah pembantunya di set penggambaran yang sama.

“Here we go again, harus jalankan perintah kuarantin. Tapi yang tidak seronoknya sebab saya di Perlis, saya jauh daripada keluarga. Saya ada membuat hantaran di Instagram saya mendapat keputusan negatif, tetapi apabila saya sampai di Perlis, saya disahkan positif."

"Semasa saya positif buat kali pertama, keadaan saya tidak seperti ini. Dahulu saya hanya kehilangan deria rasa dan bau yang teruk namun tidak ada rasa kesakitan" jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, anak kepada legenda rock Amy Search itu juga memohon doa orang ramai agar dia segera sembuh dan boleh kembali menjalani penggambaran seperti biasa, lapor Astro AWANI.

“Doakan saya cepat sembuh ya. Saya okay, cuma berehat dan kru produksi, pelakon semua belikan saya makanan, ubat, mereka jaga saya dengan baik,” kata beliau.

Terdahulu, hanya Nabila seorang sahaja yang disahkan positif manakala suami, Izwan Johar dan anaknya, Keisha Laila masing-masing negatif.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan