Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nabil, Neelofa terkejut lihat Maya Karin muntah darah dalam program Meletop

Semasa penggambaran program Meletop, satu insiden sempat membuat para penonton terkejut. Maya Karin yang diundang ke program tersebut tiba-tiba muntah darah.

Anggaran Waktu Membaca:
Nabil, Neelofa terkejut lihat Maya Karin muntah darah dalam program Meletop

Petikan gambar video yang dikongsi di laman rasmi Instagram program Meletop.

Diterbitkan : 30 Aug 2018 09:20AM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 11:50AM

KUALA LUMPUR: Semasa penggambaran program Meletop, satu insiden sempat membuat para penonton terkejut. Maya Karin yang diundang ke program tersebut tiba-tiba muntah darah.

Perkara itu turut membuat hos rancangan tersebut Nabil Ahmad dan Neelofa tergamam apa lagi bila Maya bergerak keluar daripada set program. Artis undangan selain Maya yang berada di set yang sama, Syamsul Yusuf dan Nasir Bilal Khan, juga terperanjat melihat darah di tangan dan mulut Maya. 

Ternyata, 'drama' itu hanyalah gimik untuk mempromosikan Munafik 2, lapor mStar.

Beberapa saat kemudian, Maya Karin muncul semula ke set dan memberitahu bahawa beliau hanya melakonkan semula babak watak yang dipegangnya dalam filem tersebut.

"I'm coming back! Ok tak, jadi tak? Pandai tak berlakon," seloroh Maya seperti ditukil mStar.

Sebelum kejadian, Maya dilaporkan seronok menceritakan pengalamannya dalam filem Munafik 2.

Video insiden tersebut turut dikongsi Maya di laman Instagrammya. Rata-rata, para peminat mengatakan bahwa gimik pelakon berusia 38 tahun itu menjadi!

Munafik 2 arahan Syamsul Yusuf itu mula ditayangkan di pawagam-pawagam Malaysia hari ini (30 Ogos) selain tayangan serentak di Brunei dan Singapura. Menurut mStar, filem tersebut menelan belanja sehingga RM2.9 juta (S$960,000).  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan