Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nabil Ahmad syukur ada surau impian dalam rumah

Anggaran Waktu Membaca:
Nabil Ahmad syukur ada surau impian dalam rumah

Gambar: Instagram/@nabilzira

KUALA LUMPUR: Apa guna rumah sebesar istana, tapi tiada ruang istimewa untuk mengerjakan ibadah yang maha Esa.

Selain ketenangan, ia juga dapat memberi keselesaan buat seisi keluarga.

Begitu dilakukan oleh pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad yang bersyukur dan gembira apabila impian bagi mempunyai surau di kediamannya berjaya dilaksanakan, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram beliau, pengacara program MeleTOP itu memuji hasil kerja pasukan yang mengendalikan reka bentuk dan pertukangan yang halus bagi surau tersebut.
“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada team yang merelisasikan impian untuk siapkan surau ni. Memang kemas sangat workmanship!!

“Semoga ALLAH balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat Amin Amin ya rob!!.” tulis pelawak itu.

Meninjau di ruangan komen, rakan artis seperti Saharul Ridzwan turut berdoa agar dapat membina surau di kediaman mereka satu hari nanti, lapor ohmymedia.

Selain itu, rata-rata netizen sejuk hati melihat keindahan ruang solat itu selain berharap mereka juga mempunyai rezeki sama untuk memiliki surau sekali gus dapat menghidupkan amalan di dalam rumah.

Nabil Ahmad berkahwin dengan Nazirah Ayub dan dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 10 tahun, Layla Medyna, 7 tahun, dan Mishall Imani, 2 tahun.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan