Naatu Naatu dicalonkan bagi Lagu Asal Terbaik Oscars, sebaris Lady Gaga & Rihanna
Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Ram Charan dan N.T. Rama Rao Jr. dalam salah satu adegan filem aksi komedi RRR. (Gambar: Netflix menerusi AP)
WASHINGTON: Lady Gaga dan Rihanna menerima pencalonan Oscar pada Selasa (24 Jan) dalam kategori Lagu Asal Terbaik.
Gaga dicalonkan bagi lagu 'Hold My Hand' menerusi filem 'Top Gun: Maverick', sementara Rihanna mendapat pencalonan sulungnya menerusi lagu 'Lift Me Up' bagi filem 'Black Panther: Wakanda Forever'.
Bintang-bintang muzik tersebut bakal bersaing di Anugerah Akademi 2023 pada Mac nanti.
Lagu 'Naatu Naatu', hasil karya MM Keeravaani’ bagi filem aksi komedi RRR, turut mendapat pencalonan. Lagu tersebut ditulis oleh Chandrabose.
Ia merupakan lagu pertama dari penerbitan filem India untuk dicalonkan bagi kategori tersebut, menurut laman Deadline.
Encik Keeravani memberitahu Deadline: "Perasaan saya berhubung Oscars adalah yang terbaik, kerana ia melibatkan impian artis-artis dari seluruh pelosok dunia; yang mana bukan sebuah jenaka semata-mata. Ia memerlukan usaha serta kredibiliti yang banyak. Itu sebab Oscars adalah Oscars. Itu sebab mengapa kami sangat menghormati dan menghargainya. Dan saya amat bangga untuk dicalonkan buat julung-julung kalinya dari [Selatan] Asia dalam kategori muzik ini. Saya berasa teruja."
Gaga menulis lagu 'Top Gun' bersama BloodPop, seorang penerbit-penulis lagu yang berbakat. Bloodpop pernah mencipta lagu untuk beberapa nama besar seperti Madonna, Britney Spears dan Justin Bieber. Ia merupakan pencalonan keempat bagi Gaga, yang pernah menjulang anugerah Oscar pada 2019 menerusi lagunya 'Shallow' bersama Bradly Cooper.
Rihanna kembali membuat penampilannya dalam dunia muzik yang mana-mana dinanti-nantikan ramai, menerusi lagu bergenre balada 'Life Me Up'. Lagu tersebut ditulis sebagai penghormatan kepada mendiang bintang Black Panther, Chadwick Boseman, yang meninggal dunia pada 2020 akibat barah. Beliau mencipta lagu tersebut bersama Tems, Ryan Coogler, pengarah filem tersebut dan komposer Ludwig Goransson. Ludwig Goransson pernah membawa pulang anugerah Oscar empat tahun lalu bagi karyanya dalam filem pertama 'Black Panther'.
Penyanyi Taylor Swift pula terlepas peluang daripada mendapat pencalonan dalam kategori tersebut menerusi lagunya 'Carolina' dari filem 'Where the Crawdads Sing'. Ini meskipun lagu tersebut dianggap mempunyai harapan untuk diiktiraf di pentas anugerah Oscar menyusuli pencalonannya di anugerah-anugerah lain termasuk Golden Globes.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.