Muzikal Miss Saigon kembali ke SG pada Ogos ini
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Daniel Boud
SINGAPURA: Muzikal Miss Saigon yang disanjungi ramai, kembali menemui para peminat di Singapura sekali lagi selepas 23 tahun.
Pementasan, terbitan Cameron Mackintosh, akan membuat persembahan yang terhad di Sands Theatre, Marina Bay Sands dari 15 Ogos.
Muzikal itu akan dipentaskan di Singapura, menyusuli kejayaan musimnya di Australia.
Miss Saigon menyusuri kisah percintaan gadis Vietnam berusia 17 tahun Kim dan Sarjan Marin Amerika Chris, yang berlatarbelakangkan Perang Vietnam. Lagu hit klasik termasuk 'The Hit Is On In Saigon' dan 'The Movie In My Mind', boleh dijangkakan para peminat dalam mengiringi pementasan itu.
Muzikal tersebut mula dipentaskan di West End, London pada 1989, yang menyaksikan Lea Salonga memainkan watak Kim. Menerusi penampilannya dalam watak itu, Salonga telah merangkul Anugerah Tony dan Anugerah Laurence Olivier.
Para peminat kini boleh menyertai senarai menunggu tiket bagi pementasan Miss Saigon di Singapura di laman ini hingga 11.59 malam pada 18 Feb. Peserta senarai menunggu dan pemegang kad Maybank boleh menikmati keutamaan akses mulai 20 Feb.
Jualan untuk umum kemudian akan berlangsung pada 23 Feb menerusi laman Marina Bay Sands dan Sistic.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.