Muzikal Lord Of The Rings bakal 'mendarat' di SG pada Ogos 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 'The Lord of The Rings - A Musical Tale' bakal dipentaskan buat julung-julung kalinya di Asia, khususnya di Singapura, pada 2025.
Muzikal tersebut yang diadaptasi daripada novel JRR Tolkien, akan dipentaskan buat musim yang terhad di Teater Sands, Marina Bay Sands pada Ogos.
Diceritakan dari perspektif Hobbits, muzikal tersebut juga akan menampilkan muzik asal oleh komposer, dan juga pemenang Anugerah Academy, AR Rahman, band Finland, Varttina, dan pemenang Anugerah Tony, Christopher Nightingale.
Beberapa sesi prajualan akan diadakan bagi muzikal itu sebelum penjualan am dibuka pada 10 Januari.
Anggota Klook World juga akan diberi keutamaan dengan prajualan bermula pada 10.00 pagi, 6 Januari.
Mereka akan diberikan potongan harga 20 peratus.
Dari 7 hingga 31 Januari pula, pemegang kad DBS dan POSB boleh menikmati diskaun 20 peratus bagi tiket mereka.
Dari 8 hingga 31 Januari, pelanggan dalam senarai menunggu boleh mendapatkan potongan harga 15 peratus bagi tiket mereka.
Pendaftaran bagi senarai menunggu boleh dibuat di laman rasmi 'The Lord of the Rings – A Musical Tale'.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.