Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Muzikal Frozen Disney dipentaskan di S'pura mulai 5 Feb 2023

Muzikal filem dunia khayalan, Frozen, akan dipersembahkan di Sands Theatre di Marina Bay Sands (MBS) mulai 5 Februari tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Muzikal Frozen Disney dipentaskan di S'pura mulai 5 Feb 2023

Frozen akan dipentaskan di Sands Theatre di Marina Bay Sands mulai 5 Februari 2023. (Gambar: Disney Theatrical Productions dan Base Entertainment Asia)

SINGAPURA: Muzikal filem dunia khayalan, Frozen, akan dipersembahkan di Sands Theatre di Marina Bay Sands (MBS) mulai 5 Februari tahun depan.

Persembahan itu adalah sebahagian daripada jelajah dunia Frozen termasuk di Jepun, London, Amerika Utara dan Jerman.

Diterbitkan oleh Disney Theatrical Productions dan dipersembahkan oleh Base Entertainment Asia, ia bakal menandakan muzikal Disney yang ketiga di Singapura.

Muzikal The Lion King dipersembahkan di sini pada tahun 2011 dan 2018, disusuli dengan Aladdin pada 2019.

Frozen dilancarkan di Broadway di London pada 2018.

Disadurkan daripada filem Disney dan cerita dongeng asal tulisan Hans Christian Andersen, The Snow Queen, produksi pentas itu akan membawakan 12 lagu baru yang dikarang oleh penulis lagu asal yang memenangi anugerah.

Anda boleh menyertai senarai menunggu untuk mendapatkan keutamaan bagi akses pembelian tiket apabila ia mula dijual pada 30 September.

Daftar sebelum 29 September untuk menikmati diskaun 10 peratus!
 
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan