Skip to main content

Hiburan

Muzikal Charlie And The Chocolate Factory akan datang ke SG pada Mei 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Muzikal Charlie And The Chocolate Factory akan datang ke SG pada Mei 2026

Muzikal Charlie And The Chocolate Factory. (Gambar: Base Entertainment Asia)

Diterbitkan : 12 Sep 2025 11:12PM Dikemas Kini : 12 Sep 2025 11:22PM
SINGAPURA: Muzikal popular Charlie And The Chocolate Factory akan membuat perhentian pertama Asia Tenggara di Singapura. Produksi imersif tersebut akan dipersembahkan di Sands Theatre, Marina Bay Sands pada Mei 2026.

Berdasarkan salah satu novel paling digemari oleh penulis Roald Dahl, Charlie And The Chocolate Factory mengikuti pengembaraan tiket emas Charlie ke dalam kilang coklat ajaib Willy Wonka di mana dia bertemu dengan Oompa-Loompas yang nakal dan mengemudi pengembaraan yang penuh dengan coklat.
 
Related article image
(Gambar: Base Entertainment Asia)
Muzikal itu akan menampilkan lagu-lagu ikonik termasuk Pure Imagination, The Candy Man, dan I've Got a Golden Ticket daripada adaptasi filem klasik 1971. Lagu-lagu asal oleh pemenang Grammy dan Tony Award, Marc Shaiman dan Scott Wittman (terkenal dengan Hairspray dan Mary Poppins Returns) juga akan diperkenalkan.

Produksi muzikal baharu itu juga akan merangkumi kesan khas yang diilhamkan oleh konsep ajaib yang canggih.

Pereka ilusi dan silap mata Las Vegas yang terkenal, Tim Clothier, menyertai pasukan Broadway untuk mengubah kilang fantasi Willy Wonka menjadi dunia di mana yang mustahil menjadi kenyataan. "Willy Wonka adalah raja imaginasi, dan mendapat peluang reka bentuk keajaiban pentas baharu untuk watak itu adalah impian yang menjadi kenyataan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Base Entertainment Asia, Chantal Prudhomme merumuskannya, "produksi ini menarik buat penonton dari semua peringkat usia, dari kanak-kanak yang menyaksikan keajaiban buat kali pertama hingga peminat setia cerita abadi Roald Dahl dan filem-filemnya. Dengan muzik yang tidak dapat dilupakan, watak-watak yang lebih besar daripada kehidupan, dan kemahiran atas pentas yang ajaib, ia memberikan pengalaman teater yang penuh dengan keajaiban.

"Kami menjemput keluarga, peminat, dan pencinta teater untuk menyertai kami dalam perjalanan tiket emas ke dunia Willy Wonka."
Related article image
(Gambar: Base Entertainment Asia)
Produksi Broadway itu mula dipersembahkan pada 2017 dan mempunyai lebih 300 persembahan, diikuti dengan jelajah Amerika Utara selama empat tahun sehingga 2022. Charlie and the Chocolate Factory juga dipersembahkan di West End London di mana produksi itu menerima dua Anugerah Olivier.

Jualan tiket kepada orang awam bermula pada 20 September dengan pelbagai tarikh prajualan untuk pemegang kad UOB dan lain-lain bermula 18 September di Klook, Marina Bay Sands Ticketing dan Sistic.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita