Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Muzikal Broadway Hamilton bakal buat kemunculan di SG pada April 2024, tiket mula dijual pada Nov

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Berita baik untuk semua peminat Hamilton di Singapura! Tidak lama lagi, anda berpeluang untuk menyaksikan 'My Shot' secara langsung di sini.

Muzikal yang diiktiraf dengan Anugerah Tony itu akan membuat kemunculan sulungnya di Singapura pada 19 April 2024 di Sands Theatre, Marina Bay Sands. Jualan tiket akan bermula pada 14 November. Tiket boleh didapatkan menerusi tiket Marina Bay Sands dan Sistic.

Menampilkan muzik dan bait-bait lirik oleh Lin-Manuel Miranda, persembahan muzikal tersebut akan menyusuri kisah Bapa Pengasas Amerika Alexander Hamilton sedang beliau bangkit menjadi Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat yang pertama daripada latar belakangnya sebagai seorang anak yatim.

Hamilton ditayangkan di Broadway pada 13 Julai 2015 dan menjadi salah satu persembahan teater muzikal dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. Ia juga menerima banyak pengiktirafan termasuk 11 Anugerah Tony, tujuh Anugerah Olivier, Hadiah Pulitzer untuk Drama dan Anugerah Grammy 2016 untuk Album Teater Muzikal Terbaik.

Singapura menjadi bandar ketiga dalam jelajah antarabangsa pertama Hamilton, menyusuli Manila dan Abu Dhabi. Malah, barisan pelakon yang akan membuat pementasan tersebut di Singapura, dijemput dari merata dunia.

Mereka termasuk pelakon Australia Jason Arrow sebagai Alexander Hamilton, pelakon dari New Zealand Akina Edmonds sebagai Angelica Schuyler, pelakon Amerika Darnell Abraham sebagai George Washington dan pelakon Korea-Amerika David Park yang akan memainkan dua peranan, iaitu sebagai Marquis De Lafayette dan Thomas Jefferson.


Dalam kenyataan medianya, Michael Cassel, penerbit jelajah antarabangsa Hamilton, berkata: "Saya ghairah untuk membawa Hamilton ke Singapura dan meneruskan perjalanan global pementasan itu. Tema harapan, kesaksamaan Hamilton, dan kuasa penceritaan adalah universal. Ia menjadi satu pembakar semangat untuk melihat para penonton jatuh cinta dengan pementasan itu - sama ada di Australia atau Filipina, dan saya teruja untuk melihatnya berhubung dengan para penonton di Singapura."

Senarai menunggu untuk menjadi antara yang pertama dalam barisan untuk membeli tiket akan dibuka pada pukul 10.00 pagi pada Isnin (23 Okt) di laman web ini.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan