Muzikal Beauty And The Beast bakal dipentaskan di SG pada Dis
Anggaran Waktu Membaca:

Beauty and the Beast datang ke Singapura Disember ini di Sands Theatre, Marina Bay Sands. (Gambar: Beauty and the Beast Disney's /Daniel Boud)
SINGAPURA: Muzikal Beauty And The Beast terbitan Disney bakal membawa kisah romantis, magis dan nostalgianya ke Singapura pada Disember ini.
Muzikal terbaharu ini - yang pertama diterbitkan Disney dalam tempoh 25 tahun - akan dipentaskan di Sands Theatre, Marina Bay Sands dan merupakan satu-satunya persembahan di Asia.
Tiket-tiket sudah boleh dibeli mulai sekarang sehingga pukul 11.59 malam pada Khamis (10 Apr).
Kisah klasik pertemuan dan percintaan Belle dan Beast yang diolah semula ini akan menampilkan set gah, rekaan kostum dan teknologi serba canggih yang baharu.
Ini selain lagu-lagu yang bakal membuai nostalgia dan mengasyikkan, termasuk Belle, Gaston, Be Our Guest dan lagu yang menjadi kegemaran ramai, Beauty And The Beast.

Muzikal asal pada 1994 yang dipentaskan berdasarkan filem animasinya pada 1991, dipentaskan selama lebih 13 tahun di Broadway, yang sudah menjelajah ke 37 buah negara.
Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.