Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Muzik tari rangsang deria dan 'Joget senyap' di acara 'A Date with Tradition'

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Edisi ketiga "A Date With Tradition" yang dianjurkan sempena Pesta Malam Singapura 2023 (SNF) yang ke-14 anjurkan Arts House Limited selama dua hari berakhir pada Sabtu (26 Ogos).

Ia meraikan kekayaan silang budaya di Singapura melalui pelbagai aktiviti interaktif yang dapat dinikmati para pengunjung.

GABUNGAN SENI TARI MELAYU DAN MUZIK CINA

Antaranya adalah gabungan seni tarian Melayu dan musik klasik Cina oleh kumpulan P7:1SMA dan Ding Yi Music Company.

Ia menerapkan beberapa elemen unik seperti kulit limau dan akar ginseng yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina.

Pementasan ini digelar "performative remedy" dan meraikan kedai Perubatan Tradisional Cina (TCM) kejiranan yang menjadi penghubung bagi kumpulan etnik berbeza-beza berkumpul untuk mencari 'ubat' bagi penyakit mereka.

"Pementasan ini mendapat inspirasi daripada bahan-bahan perubatan yang terdapat di kedai-kedai 'sinseh'. Ia adalah pergabungan seni tari Melayu dan muzik Cina," kata Pengarah Kreatif pementasan tersebut, Norhaizad Adam.

Semua itu diharap dapat merangsang deria para penonton.

"'Performative remedy' ini dikirakan seperti penawar yang dipentaskan dari medium tari dan juga muzik. Jadi ada tiga penawar, untuk jasad, jiwa dan minda," kata Encik Norhaizad Adam.

Beliau mengharap agar pementasan itu dapat dinikmati oleh penonton.

"Harapan saya semoga penonton akan berasa senang dan tenang kerana ini adalah satu persembahan yang
terapeutik dan kami ingin membuktikan bahawa seni tradisional juga boleh membuat karya-karya yang menyentuh tentang isu kesihatan mental dan juga 'self-care'," ujar Encik Norhaizad Adam.
 

SRI WARISAN PERSEMBAHKAN "JOGET SENYAP"

Mereka yang berminat untuk belajar tarian Melayu boleh sertai sesi 'Silent Joget' oleh kumpulan Sri Warisan.

Namun, ada sedikit kelainan.

Muzik tidak akan dimainkan secara kuat.

(Gambar: Sri Warisan)


Sebaliknya peserta akan memakai fonkepala untuk menghayati irama muzik.

"Satu perkara yang amat unik sekali kerana peserta dapat mengenali, mempelajari dan juga menarikan tarian-tarian Melayu melalui cara yang moden, santai dan juga terkini. Tapi yang penting juga, aktiviti ini tidak akan mengganggu orang lain kerana kita akan menggunakan fonkepala sendiri," kata Juru tari, Mohd Syaiful Nizam Khamis.

Para peserta diajar lima jenis tarian Melayu.

"Kita akan rasa puas hati bila kita dapat mengongsi ilmu kepada orang awam tentang lima lima asas tari Melayu yang diistilahkan sebagai joget iaitu Asli, Inang, Masri, Zapin dan juga Ronggeng," kata Encik Mohd Syaiful.

Beliau juga berharap aktiviti seni tari Melayu dapat dikembangkan lagi dan dilestarikasn generasi muda supaya tidak lapuk dek zaman.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT KAIN BATIK BERSAMA
Selain itu ada juga peluang untuk mencanting, melukis dan mewarnakan batik.

Projek Batik Masyarakat iitu adalah ilham pelukis Kamal Dollah dan berdasarkan semangat untuk menyempurnakan lukisan secara bersama.

Encik Kamal Dollah, Pengasas Kamal Arts. (Gambar: Nurfazirah Azman)
"Masyarakat Batik ini diilhamkan daripada konsep gotong-royong jadi dari dulu kita selalu biasa buat kerja bergotong-royong, kita buat kerja rewang, kita buat kerja beramai-ramai tapi sekarang ini peluang untuk kita buat kerja beramai-ramai ini dah memang kurang, jadi dengan adanya masyarakat batik ini saya dapat menyatukan masyarakat, pelbagai masyarakat, masyarakat kecil kadang-kadang di pejabat atau sekolah," kongsi Encik Kamal Dollah.

Beliau turut menekankan peri-pentingnya untuk terus melestarikan seni lukis tanah air dan supaya orang ramai dapat menyokong karya-karya dari pelukis tempatan.

"Batik ini adalah satu warisan, warisan serantau di Indonesia, Malaysia dan juga di Singapura, banyak digunakan tetapi kalau ini sebagai warisan ini adalah sesuatu kekayaan. Kekayaan yang kita ada daripada nanti apabila kita sudah kehilangan warisan ini baru kita tercari-cari dan menjadi sesuatu kerugian. Jadi saya menggalakkan anak-anak muda supaya kenal akan warisan kita," kata Kamal Dollah.

Acara di Stamford Arts Centre ini yang diadakan sempena Pesta Malam Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan