'Munafik 2' kutip RM21.6 juta dalam 4 tempoh hari
Filem Munafik 2 terbitan Skop Productions dan President Production mencipta sejarah yang tersendiri dan bagi industri perfileman Melayu apabila ia berjaya meraih kutipan RM21.6 juta (S$7.18 juta) dalam masa hanya empat hari sejak ia ditayangkan.

Filem Munafik 2 keluaran Skop Productions. (Gambar: Munafik 2 Official/Facebook)
KUALA LUMPUR: Filem Munafik 2 terbitan Skop Productions dan President Production mencipta sejarah yang tersendiri dan bagi industri perfileman Melayu apabila ia berjaya meraih kutipan RM21.6 juta (S$7.18 juta) dalam masa hanya empat hari sejak ia ditayangkan.
Berita gembira itu dikongsikan oleh pengarahnya, Syamsul Yusof menerusi laman Instagramnya pada Isnin (3 Sep).
Agensi berita Sinar Harian menukil beliau sebagai berkata: “Kutipan dari official showing date sehingga Ahad semalam. Sejarah terus tercipta. Alhamdulillah dan terima kasih semua. Majulah industri filem Malaysia."
Filem yang turut ditayangkan di Brunei dan Singapura sejak beberapa hari lalu turut mencipta rekod tersendiri sebagai filem yang mendapat jumlah kutipan tayangan awal paling tinggi bagi filem tempatan menerusi kutipan RM2.05 juta (S$680,000).
Ia adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan dan memberikan petanda awal kebangkitan filem-filem Melayu di pawagam.
Selain Syamsul sebagai teraju utama, Munafik 2 turut dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri daripada Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Fizz Fairuz, Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.
Munafik 2 mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 Ogos lalu dan kini sedang mendapat sambutan hangat daripada peminat filem tempatan.
LAPORAN BERKAITAN: Munafik 2 dominasi carta panggung wayang
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.