Munafik 2 dominasi carta panggung wayang
Baru ditayangkan, Munafik 2 berjaya mendominasi carta Golden Screen Cinemas (GSC), menurut pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.
Filem Munafik 2 keluaran Skop Productions. (Gambar: Munafik 2 Official/Facebook)
MALAYSIA: Baru ditayangkan, Munafik 2 berjaya mendominasi carta Golden Screen Cinemas (GSC).
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof menerusi akaun Instagramnya dan dilaporkan Astro Awani.
Malah, beliau turut mengajak peminat mendengar OST Munafik 2 bertajuk "Menangislah" di YouTube, yang dinyanyikan oleh dirinya sendiri dan penyanyi Mawi.
“Fisabilillah baru sahaja ditayangkan semalam, namun berjaya dominasi carta. Alhamdulillah," tulis Syamsul di Instagram pada 30 Ogos seperti ditukil Astro Awani.
"Jangan lupa dengarkan Ost Munafik 2 nyanyian abg & Mawi bertajuk "Menangislah" di YouTube ok? Di channel YouTube @the8monkeys #Munafik2," tulisnya lagi.
Semakan BERITAmediacorp ke atas laman GSC pada 2 September menunjukkan filem tersebut masih menduduki tempat pertama carta filem.
Petikan gambar dari laman GSC.
Menurut Astro Awani, filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta (S$5.65 juta) dengan kos sebanyak RM1.6 juta (S$0.53 juta).
Selain Syamsul, pelakon lain yang turut membintangi Munafik 2 ialah Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Asmawi Ani, Fizz Fairuz, Rahim Razali, Weni Penca, Ku Faridah dan Fauzi Nawawi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.