Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Muhammad Yasin jadi imam solat lima waktu & tarawih di penjara, ajar banduan mengaji

Anggaran Waktu Membaca:
Muhammad Yasin jadi imam solat lima waktu & tarawih di penjara, ajar banduan mengaji

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 28 Apr 2022 06:40PM Dikemas Kini : 28 Apr 2022 06:41PM

PETALING JAYA: Orang ramai mengetahui bahawa penyanyi Muhammad Yasin Sulaiman kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua tuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya 24 Mac lalu.

Memetik Harian Metro, abang kepada penyanyi itu iaitu Zain Sulaiman berkongsikan Yasin berada dalam keadaan baik dan semakin positif. Menurut Zain lagi, Yasin turut menjadi imam solat limat waktu dan tarawih di penjara. Malah, Yasin turut mengajar banduan lain mengaji.

"Minggu lepas saya dan ayah pergi melawatnya di penjara. Insya-Allah, pada hari raya ini pun akan cuba melawatnya lagi.

"Alhamdulillah, dia dalam keadaan baik. Dia gembira kerana dapat jumpa keluarga. Semangat dia positif. Dia tidak boleh tekanan, itu yang kami risau sebab dia ada bipolar. Harap dia terus ambil ubat. Apa pun, dia stabil di sana. Dia juga beritahu, diberi layanan baik oleh banduan lain dan kakitangan di sana, lapor Harian Metro.

"Dia banyak lakukan aktiviti yang membuatkan dirinya sentiasa positif. Selain menjadi imam sembahyang, dia turut mengajar banduan lain mengaji. Setiap kali keluarga datang melawat, dia berkongsi perkara baik,” katanya.

Dalam pada itu, Zain berkata beliau akan usahakan untuk kedua anak Yasin iaitu melawat bapa mereka dalam masa terdakat ini. Malah, beliau sering memaklumkan kepada anak-anak saudaranya itu mengenai keadaan bapa mereka.

“Untuk anak Yasin dibawa melawat, insya-Allah saya akan uruskan dalam masa terdekat. Mereka tahu keadaan ayah mereka. Kami sekeluarga sentiasa mengemaskini keadaan Yasin pada mereka.

“Mereka juga sentiasa kirimkan pesanan untuk Yasin. Begitu juga Yasin, yang mana baru-baru ini sampaikan nasihat supaya anak-anak terus tabah dan berjanji akan pulang ke pangkuan mereka,” kata beliau.

Zain turut berkongsikan beliau sudah mendapatkan khidmat pasukan guaman bagi pembelaan kes Yasin serta melancarkan Tabung Bantuan Yasin Sulaiman bagi menampung kos guaman.

"Tujuan utama kami lancarkan tabung ini adalah untuk tampung kos guaman. Kos agak tinggi sebab membabitkan tuduhan yang berat.

“Tabung ini sudah diumumkan di Facebook dua minggu lepas dan baru hari ini di Instagram. Alhamdulillah, sambutan sangat baik terutama dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. Mungkin selepas ini akan lebih banyak. Terima kasih atas sokongan diberikan terhadap Yasin,” kata beliau.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan