Skip to main content

Hiburan

Mizz Nina dirikan rumah tangga bersama Essam Muhammad

Anggaran Waktu Membaca:
Mizz Nina dirikan rumah tangga bersama Essam Muhammad

(Gambar: Instagram/officialmizznina)

Diterbitkan : 16 Jun 2023 11:22AM Dikemas Kini : 16 Jun 2023 11:30AM
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina mengumumkan berita gembira selepas melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Essam Muhammad.

Suaminya Essam Muhammad merupakan seorang penulis lagu dan pelakon, menurut profil pada akaun Instagram beliau.

Majlis pernikahan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 43 tahun, dilangsungkan secara tertutup dan hanya dihadiri anggota keluarga serta sahabat terdekat yang dipercayai diadakan di luar negara, lapor Astro Awani.

Mizz Nina berkongsi kegembiraannya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagam miliknya pada Khamis (15 Jun).

"Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis episod baru dalam hidup kami dengan cukup indah. Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalanan hidup baru ini," katanya dalam kapsyen tersebut.

Dalam hantaran yang dimuat naik itu, turut kelihatan wajah suami Mizz Nina sambil memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup.

Ini adalah perkahwinan kedua Mizz Nina yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun bercerai pada 4 Ogos tahun lalu, menurut Astro Awani.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita