Skip to main content

Hiburan

Misteri Dilaila kutip RM4 juta dalam 5 hari

Filem bergenre seram, Misteri Dilaila, menerima sambutan hangat sejak ia mula ditayangkan pada Khamis (21 Februari).

Anggaran Waktu Membaca:
Misteri Dilaila kutip RM4 juta dalam 5 hari

Filem seram Misteri Dilaila meraih kutipan RM4 juta sejak ditayangkan pada 21 Februari. (Gambar: Syafiq Yusof/Instagram)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 01:53PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 02:00PM

KUALA LUMPUR: Filem bergenre seram, Misteri Dilaila, menerima sambutan hangat sejak ia mula ditayangkan pada Khamis (21 Februari).

Pengarah filem terbaru itu, Syafiq Yusof, tidak menetapkan sebarang sasaran bagi kutipan filem itu.

Bagaimanapun menurut laporan Sinar Harian, filem arahan Syafiq Yusof itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta (S$1.33 juta) sejak lima hari lalu.

Selain menerima ulasan atau komen yang sangat positif, para penonton filem itu juga memberikan rating yang memberangsangkan, lapor Astro Awani.

Zul Ariffin, salah seorang pelakon yang membintangi filem Misteri Dilaila, mengongsi berita baik itu di Instagramnya.

Dalam catatannya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas sokongan mereka.

Selain Zul Ariffin, filem Misteri Dilaila terbitan Skop Production dan Astro Shaw menampilkan barisan pelakon Malaysia seperti Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita