Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mira Filzah selamat lahirkan putera pertama

Anggaran Waktu Membaca:
Mira Filzah selamat lahirkan putera pertama

(Gambar: @wanemirastar/Instagram)

KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia terkenal Mira Filzah selamat melahirkan bayi lelaki pada 3.40 pagi Selasa (10 Mei) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. 

Demikian menurut laporan Harian Metro. 

Suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam satu hantaran di Instagram berkata bahawa Mira dan bayi mereka kini dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas mulia Baginda Nabi Muhammad SAW, isteri syurgaku Nur Amirah Filzah Badioezaman selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 Mei pada jam 3.40 pagi.

"Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat. Kami mengucapkan jazakallahukhairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebalkan buat kalian semua juga," katanya, seperti dipetik Harian Metro. 

Mira yang berkahwin pada 3 September 2020 berkongsi mengenai kehamilannya pada Januari lalu.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan