Skip to main content

Hiburan

Mira Filzah disebut-sebut ganti Neelofa jadi hos MeleTOP

Pelakon dan pengacara popular Mira Filzah terkejut apabila namanya menjadi antara calon pengacara yang disebut-sebut bakal menggantikan Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP.

Anggaran Waktu Membaca:
Mira Filzah disebut-sebut ganti Neelofa jadi hos MeleTOP

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah. (Gambar: Facebook / Mira Filzah)

Diterbitkan : 31 Dec 2019 12:00PM Dikemas Kini : 31 Dec 2019 12:02PM

MALAYSIA: Pelakon dan pengacara popular Mira Filzah terkejut apabila namanya menjadi antara calon pengacara yang disebut-sebut bakal menggantikan Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP.

Sekalipun demikian, Mira memberitahu pihak media, sehingga kini masih belum ada sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya beliau bakal menjadi hos baru MeleTOP.

"Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kalau ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baru, ia satu perkembangan yang baik, mungkin orang nampak kemampuan saya.

"Bukan senang untuk sesiapa sahaja hos baharu seperti saya untuk mengambil alih rancangan itu. Program itu sendiri pun sudah ada satu jenama dan 'chemistry' yang sangat kuat," kata Mira seperti yang dipetik Astro Gempak.

Mira menambah, jika secara tiba-tiba namanya disebut-sebut sebagai pengganti, itu bermakna masyarakat nampak potensi beliau.

Sebelum Mira, penyanyi Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana juga pernah menjadi calon hos baru MeleTOP seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk netizen sendiri, lapor Astro Gempak.

Nana sebelum ini pernah mengendalikan siaran langsung rancangan hiburan Gema Gegar Vaganza selama dua musim bersama Fikry Ibrahim.

Manakala, Mira pula pernah diundang menjadi pengacara jemputan rancangan MeleTOP sebelum ini dan mendapat respons positif daripada penonton.

Pada 3 Disember lalu, hos tetap MeleTOP, Neelofa mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan itu selepas tujuh tahun bersama, lapor Astro Gempak. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita