Mira Filzah dedah sudah hamil, bakal memasuki trimester tiga
(Gambar: @mfmirafilzah/Instagram)
KUALA LUMPUR: Teka-teki peminat sejak beberapa bulan lalu terjawab apabila suami pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah mengumumkan isterinya itu kini hamil.
Melalui perkongsian di laman Instagram, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar menjelaskan, kandungan Mira bakal memasuki trimester ketiga tidak lama lagi, menurut laporan Astro AWANI.
"Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami.
"Insya-Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi," katanya melalui akaun Instagramnya.
Pasangan itu turut melahirkan penghargaan kepada mereka yang mendoakan selama ini.
"Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih.
"Semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita."
Sebelum ini, timbul desas-desus Mira dikatakan hamil, lapor Astro AWANI.
Pelakon itu walau bagaimanapun tidak mengaku atau menafikan perkara berkenaan, menyebabkan peminat mula berteka-teki, menurut Astro AWANI.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.