Skip to main content

Hiburan

Mira Filzah bakal lahirkan anak pertama pada bulan Mei, alami beberapa simptom di akhir trimester

Anggaran Waktu Membaca:
Mira Filzah bakal lahirkan anak pertama pada bulan Mei, alami beberapa simptom di akhir trimester

(Gambar: @mfmirafilzah/Instagram)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memaklumkan sudah mengalami beberapa simptom di akhir semester kehamilan.

Dijangka bersalin awal Mei ini, Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman yang berusia 29 tahun memberitahu beliau kini mengalami sakit belakang dan kaki yang semakin membengkak.

“Sekarang pun dah sarat, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa sakit belakang. Kaki pun dah bengkak.

“Namun sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” katanya, seperti dilaporkan Gempak. 

Mira bersama suaminya Wan Emir Mistar ditemui ketika Majlis Malam Women of Excellence Awards 2021/22 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Khamis (24 Mac).

Mira menerima anugerah Excellent Achievement Award In Entertainment Industry bagi bahagian lakonan yang disampaikan sendiri oleh ibu mentuanya iaitu Mastura Mohd Yazid yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dalam acara Khamis malam (24 Mac).

Apabila ditanya oleh Gempak mengenai persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu, Mira memberitahu ia masih belum selesai sepenuhnya.

“Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja. Tiada lagi keluar mencari barang.

“Bukan sahaja kerana bimbang akan virus COVID-19 sekarang. Malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan masa.

“Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat. Ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya. Selebihnya saya hanya berfikiran positif,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Emir memberitahu beliau kagum dengan semangat Mira yang komited dengan kerja dan tanggungjawab meskipun sedang sarat hamil, menurut Gempak. 

“Dia seorang yang berkerja keras. Kadang-kadang tu risau juga. Balik rumah bila dia mengadu sakit belakang dah sebagainya saya yang bantu mengurutnya dan sebagainya,” beritahunya.

Tidak akan mengadakan sebarang acara baby shower atau gender reveal, Mira memberitahu jantina bayi akan didedahkan selepas selamat bersalin.

“Kami tiada sebarang majlis untuk itu tetapi ada la buat makan-makan bersama keluar dan rakan terdekat sahaja.

“Untuk jantina saya rasa lebih baik kami umumkan bila sudah selamat bersalin nanti,” katanya lagi.

Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita