Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Minggu Filem ASEAN 2020 bakal tayang 9 filem

Minggu Filem ASEAN 2020 akan diadakan di Hanoi, Da Nang dan Bandaraya Ho Chi Minh dari 18 hingga 26 Julai, bakal menayangkan sembilan filem, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Anggaran Waktu Membaca:
Minggu Filem ASEAN 2020 bakal tayang 9 filem

(Gambar menerusi Bernama)

Diterbitkan : 16 Jul 2020 09:48PM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 09:49PM

HANOI: Minggu Filem ASEAN 2020 akan diadakan di Hanoi, Da Nang dan Bandaraya Ho Chi Minh dari 18 hingga 26 Julai, bakal menayangkan sembilan filem, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Majlis perasmian akan berlangsung di Pusat Pawagam Nasional di Hanoi pada Sabtu (18 Jul).

Sepanjang minggu tersebut, filem-filem daripada setiap anggota ASEAN akan dipertontonkan, termasuk Hanh Phuc Cua Me (Mother’s happiness), Ranggau, Thousand Incarnations dari Brunei, Young Love (Kemboja), Aruna dan Lidahnya (Indonesia), EXpiration Date (Laos), Ejen Ali the Movie (Malaysia), Women of the Weeping River (Filipina), The Wayang Kids (Singapura) dan App War (Thailand).

Acara serantau ini dianjurkan Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam sebagai sebahagian daripada sambutan ASEAN Chairmanship 2020. 

Sumber : Bernama/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan