Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mimi Lana mohon doa sebelum layari bahtera perkahwinan dengan Syafiq Kyle

Anggaran Waktu Membaca:
Mimi Lana mohon doa sebelum layari bahtera perkahwinan dengan Syafiq Kyle

(Gambar: @syafiqkylez/Instagram)

SHAH ALAM: Pelakon Malaysia Mimi Lana memohon doa yang baik-baik daripada semua selepas kekasihnya, pelakon Syafiq Kyle memaklumkan mereka bakal menamatkan zaman bujang selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27 tahun, berkata, beliau sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

“Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Doakan saya.

"Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke suatu fasa yang lebih serius dalam hidup.

“Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin detik itu belum sampai lagi.

"Untuk waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu sahaja yang saya harapkan.

“Seperti apa yang Syafiq kongsikan kepada media sebelum ini, begitulah. Tiada ada yang boleh saya ulas lanjut mengenainya.

“Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama. Tapi itulah hakikatnya, insya-Allah dalam tahun ini juga (berkahwin),” katanya kepada Media Hiburan.

Mimi berkata demikian ketika ditemui di Majlis Kempen Ramadan Raya ‘Seindah Kasih’ Media Prima Berhad di Glenmarie pada Sabtu (18 Mac).

Mengulas mengenai persiapan menuju hari bahagia, Mimi mengakui beliau dan Syafiq tidak cerewet dan saling berbincang.

“Persiapan setakat ini berjalan lancar. Kalau nak bercakap mengenai hal perkahwinan, rasanya ia sama seperti pasangan lainnya juga.

“Cuma syukur kerana kami sudah lama mengenali jadi proses tersebut menjadi lebih mudah. Semuanya mengikut apa yang telah dirancangkan, masing-masing juga sudah tahu peranan.

“Malah ahli keluarga kami pun sangat menyokong. Alhamdulillah setakat ini, lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan,” tambahnya kepada Media Hiburan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan