Michelle Yeoh muat naik gambar perkahwinan di Instagram
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/michelleyeoh_official)
GENEVA: Pelakon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh pada Sabtu (29 Jul) berkongsi beberapa gambar majlis perkahwinannya dengan Jean Todt pada 27 Julai lalu di Instagram.
Pemenang Oscar itu memuat naik empat keping gambar, termasuk satu gambar yang disunting dari poster filem Tomorrow Never Dies, lapor Astro Awani.
"19 tahun dan ya!! Kami sudah berkahwin!! Terima kasih kepada keluarga yang menyayangi kami selama ini. Kami menyayangi anda," tulis aktres kelahiran Ipoh itu.
Terdahulu, pelumba F1 Brazil, Felipe Massa, menjadi individu pertama mengumumkan berita penyatuan Todt dan Yeoh menerusi Instagram pada Jumaat (28 Jul) lalu.
Majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat itu diadakan di Geneva, Switzerland.
Menurut laporan Los Angeles Times, Yeoh memaklumkan beliau dan Todt sepatutnya bernikah tahun lalu namun mengalami kesukaran mendapatkan dokumen yang diperlukan.
Bekas eksekutif perlumbaan permotoran itu adalah seorang penduduk Switzerland dan negara itu mempunyai syarat dokumentasi yang ketat.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.