Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Michelle Yeoh bakal dianugerah penghormatan tertinggi Amerika Syarikat

Pelakon kelahiran Malaysia yang menempa kemasyhuran di Hollywood, Michelle Yeoh dilaporkan bakal menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS).

Anggaran Waktu Membaca:
Michelle Yeoh bakal dianugerah penghormatan tertinggi Amerika Syarikat

(Gambar: Patricia De Melo Moreira/AFP)

KUALA LUMPUR: Pelakon kelahiran Malaysia yang menempa kemasyhuran di Hollywood, Michelle Yeoh dilaporkan bakal menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS).

Penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) yang bakal meraikan ulang tahun kelahiran ke-62 Ogos depan itu akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei ini.

Menerusi laporan berita, pelakon wanita itu dipilih sebagai penerima penghormatan tertinggi Amerika selepas Biden mengiktiraf individu yang banyak menyumbang dan berjasa kepada keselamatan atau kepentingan AS, keamanan dunia, kebudayaan atau lain-lain usaha penting.

Sebelum ini, antara personaliti yang pernah menerima pingat sama termasuk Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton, Stephen Hawking, Sidney Poitier, Yo-Yo Ma, Steven Spielberg, Oprah Winfrey, Steve Jobs, Audrey Hepburn, Henry Kissinger, Dr Martin Luther King Jr, Neil Armstrong, Jacques Cousteau, Duke Ellington, Tiger Woods dan Rosa Parks.

Yeoh telah membintangi banyak filem terbitan Hollywood dan sebilangan besar meraih kejayaan di peringkat global seperti Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs Of A Geisha, Mummy 3, Everything Everywhere All at Once dan The Lady.

Bagaimanapun, Yeoh masih belum mengesahkan kehadiran ke majlis berkenaan selepas terikat dengan pelbagai komitmen.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan