Michelle Yeoh antara barisan pelakon hebat filem sekuel Avatar
Pelakon Malaysia Michelle Yeoh bakal berangkat ke Pandora - sebuah dunia fiksyen dalam filem cereka sains, Avatar.

(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Pelakon Malaysia Michelle Yeoh bakal berangkat ke Pandora - sebuah dunia fiksyen dalam filem cereka sains, Avatar.
Menurut laman media sosial filem berkenaan, Michelle Yeoh dipilih untuk memainkan watak Dr Karina Mogue, seorang saintis, dalam sekuel bagi filem Avatar terbitan James Cameron.
"Michelle sering mewujudkan watak-watak yang unik dan tidak mudah dilupakan. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Michelle bagi membawakan watak itu dalam sekuel-sekuel Avatar," kata Cameron dalam satu catatan di Twitternya.
Filem Avatar yang diterbitkan pada 2009 mengutip AS$2.8 bilion (S$3.8 bilion) dari merata dunia. Avatar 2, iaitu sekuel pertama daripada empat filem susulan yang dirancangkan, dijadual ditayangkan di pawagam-pawagam Amerika Syarikat pada 18 Disember 2020.
Filem-filem seterusnya dijadual ditayangkan dalam tempoh beberapa tahun kemudian: Avatar 3 pada 17 Disember 2021, Avatar 4 pada 20 Disember 2024 dan Avatar 5 pada Disember 2025.
Zoe Saldana, Sam Worthington dan Sigourney Weaver akan kembali memainkan watak masing-masing dalam filem-filem tersebut. Kate Winslet dan Oona Chaplin akan turut menyertai barisan bintang bagi filem-filem Avatar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.