Michelle Yeoh akan terima bintang Hollywood Walk of Fame
Pelakon Malaysia dan pemenang Oscar, Michelle Yeoh, akan diberi penghormatan dalam bentuk bintang ke-2,836 di Hollywood Walk of Fame pada Rabu depan (18 Feb) di hadapan Grauman’s Chinese Theatre yang bersejarah.
Anggaran Waktu Membaca:
AMERIKA SYARIKAT: Pelakon Malaysia dan pemenang Oscar, Michelle Yeoh, akan diberi penghormatan dalam bentuk bintang ke-2,836 di Hollywood Walk of Fame pada Rabu depan (18 Feb) di hadapan Grauman’s Chinese Theatre yang bersejarah.
“Bakat luar biasa, keanggunan dan kerjaya Michelle yang membuka peluang baharu meninggalkan kesan mendalam dalam industri hiburan.
"Bintangnya menghormati seorang perintis yang hasil kerjanya terus memberi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia,” kata penerbit Walk of Fame, Ana Martinez, dalam satu kenyataan media.
Yeoh akan menerima bintang tersebut dalam kategori Filem.
Majlis itu akan diacarakan oleh pembuat filem Amerika Jon M Chu, yang pernah bekerjasama dengan Yeoh dalam filem Crazy Rich Asians dan francais Wicked, serta pembuat filem Taiwan Ang Lee, yang mengarahkan filem wuxia 2000 yang mendapat pujian pengkritik, Crouching Tiger, Hidden Dragon, yang dibintangi Yeoh.
Turut serta sebagai penceramah jemputan ialah wartawan hiburan dan pemenang Anugerah Emmy, Jenelle Riley, yang pernah bekerjasama rapat dengan pelakon itu selama bertahun-tahun.
Pada 2023, Yeoh mencipta sejarah sebagai pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Akademi bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya yang mendapat pujian meluas dalam filem 'Everything Everywhere All At Once'.
Beliau juga menjadi warga Malaysia pertama yang dicalonkan dan memenangi Anugerah Akademi.
Peranan tersebut turut membawa kemenangan 'Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild', manakala filem berkenaan menjadi judul dengan kutipan tertinggi A24 pada ketika itu.
Yeoh mula menarik perhatian global menerusi filem aksi Hong Kong pada 1990an sebelum membintangi filem pecah panggung yang mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk Crazy Rich Asians, yang menjadi filem komedi romantik dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Amerika Syarikat dalam tempoh lebih sedekad.
Karya terbaharunya yang paling menonjol termasuk adaptasi pecah panggung 'Wicked' dan filem susulannya, 'Wicked: For Good', di mana beliau memegang watak Madame Morrible.
Di luar bidang perfileman, Yeoh dinamakan sebagai Ikon Tahunan oleh majalah Time pada 2022.
Beliau juga dilantik sebagai Duta Muhibah bagi Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada 2016, di mana beliau memperjuangkan kesedaran dan sokongan terhadap alam sekitar.
Karya akan datang Yeoh termasuk filem drama pendek Sandiwara, arahan Sean Baker, yang dirakam menggunakan iPhone, dan dijadualkan untuk tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-76 pada 13 Februari 2026.
Beliau juga akan membuat kemunculan semula dalam filem berbahasa Mandarin selepas lebih sedekad menerusi filem 'Miss Rubik’s Cube' yang dijadual bagi tayangan pada 2026.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.