Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Michael Learns To Rock bakal buat persembahan di S'pura Oktober nanti

Anggaran Waktu Membaca:
Michael Learns To Rock bakal buat persembahan di S'pura Oktober nanti

Gambar: Instagram/ @michaellearnstorock

Diterbitkan : 03 Aug 2022 08:18PM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 08:24PM
SINGAPURA: Konsert Michael Learns To Rock (MLTR), bakal diadakan di The Star Theatre, The Star Performing Arts Centre pada 24 Oktober pada pukul 8.00 malam.

Anggota kumpulan yang berasal dari Denmark ini terdiri daripada Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kare Wanscher. Mereka akan berada di Singapura sebagai sebahagian dari penjelajahan dunia Back On The Road mereka.

Tiket untuk persembahan hit terbesar itu akan dijual pada Khamis (4 Ogos) pada pukul 10.00 pagi menerusi laman dan talian Sistic, dengan harga bermula daripada S$88.

Kumpulan itu terkenal dengan lagu-lagu hit bergenre rock seperti "That’s Why You Go Away", "The Actor", "Paint My Love", "Sleeping Child", "Out Of The Blue" dan banyak lagi.

Kali terakhir mereka bertiga membuat persembahan di Singapura adalah pada 2018, sempena keluaran album mereka, "Still" pada tahun yang sama.

MLTR menyertai deretan persembahan yang bakal diadakan di Singapura dalam bulan-bulan akan datang. Antaranya, Guns N' Roses pada bulan November, Justin Bieber pada bulan Oktober, JJ Lin pada bulan November, Tiesto dan Zedd di ZoukOut pada bulan Disember, serta beberapa nama-nama besar yang akan menggegarkan pentas di Singapore Grand Prix pada Oktober nanti.
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa