Michael Keaton sekali lagi jayakan watak Batman dalam filem baru Batgirl
Michael Keaton sekali lagi akan menyarungkan sut Batman setelah lebih 30 tahun sejak kali pertama beliau menjayakan watak adiwira itu dalam filem.
Michael Keaton dalam lakonan sebagai Batman (Gambar: Warner Bros)
AMERIKA SYARIKAT: Michael Keaton sekali lagi akan menyarungkan sut Batman setelah lebih 30 tahun sejak kali pertama beliau menjayakan watak adiwira itu dalam filem pada 1989.
Beliau juga membintangi filem susulan pada1992, iaitu Batman Returns. Kedua-dua filem itu diarahkan Tim Burton.
Deadline melaporkan pada Rabu (22 Dis) bahawa Keaton akan kembali untuk menjayakan wataknya dalam filem baru Batgirl, yang dibintangi Leslie Grace, JK Simmons dan Brendan Fraser.
Keaton juga akan memainkan watak Dark Knight itu dalam filem The Flash, yang dibintangi Ezra Miller sebagai pelakon utama dan dijadual untuk dikeluarkan pada 4 November 2022.
Belum banyak butiran didedahkan mengenai plot filem baru Batgirl itu. Namun apa yang diketahui setakat ini adalah ia berkisarkan Barbara Gordon (dimainkan oleh Grace), anak pesuruhjaya polis Gotham City, Jim Gordon.
Adil El Arbi dan Bilall Fallah, kedua-duanya sutradara filem Bad Boys For Life, akan mengarah filem akan datang itu.
Keaton dijadual membuat kemunculan dalam penerbitan filem sampingan Spider-Man berjudul Morbius, yang dibintangi Jared Leto sebagai watak utama dalam filem itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.