Skip to main content

Hiburan

Meta lancar aplikasi Threads bagi bersaing dengan Twitter

Anggaran Waktu Membaca:
Meta lancar aplikasi Threads bagi bersaing dengan Twitter

(Gambar: Justin Sullivan / Getty Images North America / AFP)

WASHINGTON: Syarikat induk Facebook Meta secara rasmi melancarkan Threads, pesaing Twitter berasaskan teks, pada Rabu (6 Jul).

Dibina oleh pasukan Instagram, aplikasi baru itu bertujuan untuk menyediakan platform bagi perbualan online dalam masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.

Menurut syarikat itu, sesebuah catatan boleh mencapai sehingga 500 aksara dan boleh memasukkan pautan, foto dan video yang panjangnya sehingga 5 minit.

"Kami sedang berusaha untuk menjadikan Threads serasi dengan rangkaian sosial yang terbuka dan saling beroperasi yang kami percaya boleh membentuk masa depan internet," menurut agensi berita Anadolu.

Dalam catatan Threads, Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg berkata visi aplikasi baru itu adalah untuk mewujudkan pilihan dan ruang awam yang mesra untuk berbual.

"Kami berharap untuk mengambil amalan-amalan terbaik Instagram dan mencipta pengalaman baru mengenai teks, idea, dan membincangkan perkara yang bermain dalam benak fikiran anda," tulisnya.

Aplikasi Threads disediakan di lebih 100 negara untuk para pengguna iOS dan Android, tambah kenyataan tersebut.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita