Menteri Agama Malaysia ziarah penyanyi Ibnor Riza; serah sumbangan RM5,000
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/ibnorriza_official)
SHAH ALAM: Penderitaan penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza, 62 tahun, yang menghidap penyakit barah limfoma tahap empat mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar.
Encik Mohd Na'im berkata, beliau berkesempatan menziarahi penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu sambil turut menyampaikan sumbangan, lapor Sinar Harian.
“Hari ini saya turun berziarah ke rumah beliau (Ibnor), bertemu mata jua dan bertanya khabar kesihatan beliau.
“Saya dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zabidi Nasan telah menyampaikan sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP sebanyak RM5,000 (S$1,440) untuk meringankan beban Ibnor,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu (21 Okt).
Sebelum ini, media melaporkan penyanyi itu diramal hanya mempunyai enam bulan untuk hidup selepas disahkan menghidap barah pada Februari lalu.
Namun, beliau tetap tidak putus semangat meneruskan ikhtiar melawan penyakit tersebut.
Difahamkan, Ibnor memerlukan kira-kira RM30,000 (S$8,640) untuk dua sesi kemoterapi di sebuah hospital swasta.
Jika ia tidak berjaya, bapa kepada dua cahaya mata itu perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi dengan anggaran kos sebanyak RM200,000 (S$57,600), seperti dinukil Sinar Harian.
Sementara itu, Encik Mohd Na’im memaklumkan, beliau turut mendengar lagu-lagu nyanyian Ibnor yang disifatkan amat puitis.
Tambahnya, Mimpi Yang Tak Sudah dan Berdiri Seorang Perindu sentiasa menjadi halwa telinga dan mendapat tempat di hati pendengar.
“Marilah bersama-sama kita berdoa agar saudara Ibnor diberikan kesembuhan dan kesihatan,” ujar beliau.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.