Skip to main content

Hiburan

Mediacorp, syarikat penerbitan di Korea Selatan kerjasama di sebalik drama Korea Light Shop dan Moving

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp, syarikat penerbitan di Korea Selatan kerjasama di sebalik drama Korea Light Shop dan Moving

Petikan skrin dari drama Korea Light Shop. (Gambar: AppleTV)

Diterbitkan : 05 Jun 2025 06:02PM Dikemas Kini : 05 Jun 2025 06:05PM
SINGAPURA: Kerjasama dalam sebuah drama Korea dengan syarikat Korea Selatan Mr.Romance kini dalam perancangan.

Mediacorp sudah menjalin kerjasama dengan syarikat penerbitan Korea Selatan yang terkenal, Mr.Romance, iaitu penggerak kreatif di sebalik drama Korea Light Shop dan Moving yang diiktiraf secara kritikal, serta unit Korea bagi Black Panther yang dihasilkan oleh Marvel.

Kedua-dua syarikat menandatangani Memorandum Persefahaman di Busan Content Market ke-18 pada 28 Mei, menurut satu kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman tersebut, Mediacorp dan Mr.Romance bersetuju untuk bekerjasama dalam projek bersama yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan promosi kandungan antarabangsa, termasuk memulakan penerbitan bersama drama Korea yang berpotensi; menyatukan pasukan kreatif dan produksi masing-masing; serta memudahkan pertukaran bakat di layar antara Singapura dengan Korea Selatan untuk projek masa depan.

"Bekerjasama dengan rakan industri yang dihormati seperti Mr.Romance menandakan langkah berani ke hadapan dalam mendefinisikan semula penceritaan kreatif untuk penonton global," kata Virginia Lim, ketua pegawai kandungan Mediacorp.

"Dengan menggabungkan perspektif pelbagai budaya Singapura yang dinamik dengan kepakaran Korea Selatan yang tiada tandingan dalam inovasi hiburan, Memorandum Persefahaman ini mewujudkan platform yang kuat untuk penerbitan bersama, pertukaran silang budaya, pembangunan bakat dan mempamerkan kreativiti Asia yang terbaik kepada dunia."

Sean Saeyoon Shim, ketua pegawai eksekutif dan pengasas Mr.Romance berkata: "Mediacorp sudah lama menjadi pemimpin dalam mencipta cerita yang merentasi sempadan. Di Mr.Romance, kami gembira untuk bekerjasama dengan pasukan yang berwawasan seperti ini untuk menghasilkan penerbitan bersama antarabangsa serta pelbagai kerjasama."

"Dengan jangkauan global dan kecemerlangan kreatif Mediacorp, kami percaya projek kerjasama kami akan sampai kepada penonton di seluruh dunia."

Memorandum Persefahaman dengan Mr.Romance adalah yang terbaharu dalam usaha berterusan Mediacorp untuk bekerjasama dengan beberapa pemain terbesar dalam industri penerbitan kandungan Asia, termasuk Linmon Media yang berpangkalan di Shanghai dan Three Giant Production dan Mission International dari Taiwan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita