Mediacorp siarkan rancangan Hari Raya 2026 merentasi platform TV, digital dan radio
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mediacorp bakal menyiarkan rancangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026, yang menampilkan rancangan istimewa, telefilem, kandungan eksklusif digital dan kanak-kanak merentasi platform, termasuk mewatch dan Suria.
Antara sorotan utama ialah rancangan tahunan malam Raya Sinar Lebaran 2026, yang akan disiarkan pada 20 Mac pada pukul 9.00 malam.
Dihoskan oleh pelakon dan pengacara tempatan Farhana M Noor serta penghibur dan pencipta kandungan Hafidz Rahman dan Zuhairi Idris, edisi tahun ini membawa tema “bagai sirih pulang ke gagang”, bagi meraikan Hari Raya sambil mengembalikan budaya tradisi dan nilai bersama.

Sinar Lebaran 2026 akan menampilkan persembahan muzik oleh penyanyi ikonik M Nasir, bersama artis tempatan termasuk Taufik Batisah, Hetty Sarlene, Iskandar Ismail dan Sufi Rashid.
Sketsa komedi pula akan dipersembahkan oleh personaliti tempatan seperti Adi Putra, Era Farida, Hisyam Hamid, Najip Ali, Roslan Shah dan Zack Zainal.
Sorotan lain termasuk rancangan kanak-kanak JMJ Magika Raya, yang disiarkan pada 21 Mac pada pukul 10.00 pagi.
Rancangan ini mengisahkan seorang gadis yang, selepas bertengkar dengan ibunya, dibawa ke dunia khayalan yang dipenuhi legenda Melayu seperti Hang Nadim, Radin Mas dan Badang, di mana dia belajar tentang kemaafan, rasa syukur dan kebersamaan.
Turut ditayangkan pada 21 Mac ialah telefilem Mimpi Raya, yang dibintangi oleh Hafidz Rahman dan Zuhairi Idris sebagai sepupu yang bersaing untuk memikat jiran mereka Aliza, lakonan Shazza.
Ini sekali gus menjadi penampilan sulung Shazza dalam drama Mediacorp selepas memenangi pertandingan realiti Berani Lakon!.

Filem itu juga menampilkan veteran Malaysia, Jalaluddin Hassan, sebagai Tok Budi, dengan pelakon veteran tempatan Hashimah Hamidon dan Junaidah Eksan, yang masing-masing melakonkan watak ibu kepada pasangan sepupu tersebut.
Selain televisyen, Mediacorp juga akan melancarkan beberapa siri program digital dan audio perayaan.
Ini termasuk Ini Baru Bujang Things Beraya! di Instagram dan TikTok Mediacorp Untukmu pada 16 Mac, di mana pencipta kandungan Zhin Sadali berkongsi resipi yang diinspirasikan oleh ketupat dan renungan sempena Ramadan dan Hari Raya.
Turut menjadi sebahagian daripada program Raya Mediacorp ialah Diari Dayyan, mikrodrama Melayu pertama Mediacorp di TikTok Mediacorp Untukmu pada 15 Mac.
Ia dibintangi Syarif Ahmad yang menyambung kisah Ustaz Dayyan daripada drama Mediacorp, Keranamu Khadijah.
Stesen-stesen radio juga turut serta dalam kemeriahan sambutan Hari Raya, dengan menampilkan program malam Raya pada pukul 9.00 malam pada 20 Mac di Warna 942 yang dihoskan oleh Noreha Bajuri dan Elfie Rafiee, dengan bual bicara dan lagu-lagu klasik untuk memeriahkan lagi persiapan saat akhir Raya.
Juga di Warna 942, nantikan segmen karaoke, Shiok Karaoke Berhari Raya, yang diterajui oleh Sue Kassim pada 16 April pada pukul 3.00 petang.
Sementara itu, personaliti RIA 897, Fadli Kamsani akan menganjurkan sesi 'busking' TikTok Live khas yang menampilkan pemuzik Kidzer Salim & Gang, yang akan membawakan gabungan lagu-lagu Hari Raya terkini dan lagu-lagu klasik secara langsung dari kafe Rumifolks.
Selain itu, Mediacorp juga akan mengeluarkan versi baharu lagu tema Hari Raya, Ini Baru Raya! 2.0, yang menampilkan rap yang ditulis oleh finalis Berani Lakon!, OmarKenobi.
Lagu ini dipersembahkan oleh pemenang Kaki Nyanyi, Izat Ibrahim, Myra, Sunny Jackson dan Syaz Smooth, dengan sokongan koir oleh Ardwinda, yang juga juara pertandingan dikir barat Piala Suara Serumpun 2024.
Jadual penuh program Hari Raya boleh didapati di laman web Mediacorp.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.