Mediacorp raih 6 kemenangan di Anugerah Podcast Asia 2026
Heinous – An Asian True Crime Podcast memenangi dua anugerah, manakala Junaini Johari daripada CNA Podcasts dinobatkan sebagai Tokoh Pemikir/Inovator Podcast Terbaik Tahun Ini. (Gambar: Mediacorp)
- Mediacorp meraih enam anugerah di Anugerah Podcast Asia 2026 yang berlangsung di Jakarta, termasuk dua kemenangan untuk CNA.
- Podcast Heinous hasil kerjasama Mediacorp dan 1Up Media memenangi Podcast Jenayah Terbaik dan Rode Prize 2026, manakala Age of Anxiety dari CNA diiktiraf sebagai Podcast Kesihatan dan Kesejahteraan Terbaik.
- YES 933 Audio Drama: Progress Reports memenangi Podcast Fiksyen Terbaik, dan MJ12 Gerun Malam dari RIA 897 dinobatkan sebagai Podcast Rancangan Radio Terbaik.
- Junaini Johari dari CNA Podcasts diiktiraf sebagai Tokoh Pemikir/Inovator Podcast Terbaik Tahun Ini, menonjolkan inovasi dan kepelbagaian kandungan Mediacorp dalam bidang podcast.
Podcast Heinous - An Asian True Crime Podcast, hasil kerjasama Mediacorp dengan 1Up Media, memenangi anugerah Podcast Jenayah Terbaik serta Rode Prize 2026, yang memberikan sokongan kepada pencipta kandungan menerusi peralatan podcast profesional.
Podcast CNA, Age of Anxiety, pula dinobatkan sebagai Podcast Kesihatan dan Kesejahteraan Terbaik.
Jenama audio Mediacorp turut meraih kejayaan, dengan YES 933 Audio Drama: Progress Reports memenangi anugerah Podcast Fiksyen Terbaik.
Sementara itu, MJ12 Gerun Malam daripada RIA 897 dinobatkan sebagai Podcast Rancangan Radio Terbaik.
Anugerah tersebut turut mengiktiraf individu di sebalik usaha podcast Mediacorp.
Junaini Johari daripada CNA Podcasts dinobatkan sebagai Tokoh Pemikir/Inovator Podcast Terbaik Tahun Ini atas peranannya dalam memacu inovasi dalam bidang podcast.
“Podcast Mediacorp mendapat pengiktirafan dalam pelbagai genre,” menurut Mediacorp.
Mediacorp menambah bahawa kejayaan tersebut menunjukkan “kepelbagaian dan mutu penceritaannya menerusi podcast asli, kandungan yang boleh didengar pada bila-bila masa serta kandungan daripada jenama audionya yang sudah dikenali ramai”.
“Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan Mediacorp yang semakin berkembang dalam bidang podcast, sedang jenama audionya memperluaskan penceritaan melangkaui siaran langsung.”
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.