Skip to main content

Hiburan

Mediacorp raih 2 pengiktirafan di Anugerah Media & TV Korporat Cannes

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp raih 2 pengiktirafan di Anugerah Media & TV Korporat Cannes

Dokumentari CNA Disease Hunters: Mosquito Mayhem, antara yang menerima pengiktirafan di Anugerah Media & TV Korporat Cannes ke-13 yang berlangsung di Cannes, Perancis. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 21 Oct 2022 11:57PM
SINGAPURA: Mediacorp memenangi dua trofi yang menjadi rebutan di Anugerah Media & TV Korporat Cannes ke-13 yang berprestij, yang diumumkan pada Rabu (19 Okt) di Cannes, Perancis.

Pengiktirafan tersebut adalah bagi dokumentari CNA Forgotten Heroes, yang merangkul emas bagi Kategori Sejarah dan Personaliti/Potret; dan Disease Hunters: Mosquito Mayhem, yang meraih perak dalam kategori Sains, Teknologi dan Inovasi.

Manakala, dokumentari CNA ketiga, One Way diiktiraf sebagai finalis dalam kategori Kebimbangan Manusia dan Isu Sosial.

Forgotten Heroes mengikuti kisah empat individu yang berani dari Singapura, yang mendapati diri mereka di medan perang beribu-ribu batu jauh dari rumah semasa Perang Dunia II. Dari pantai-pantai yang berlumuran darah di Utara Perancis ke perairan berais Lautan Atlantik Utara, dan dari langit ganas di selatan China hingga kekejaman kem POW Jepun di Jawa, dokumentari tersebut menyingkap kisah sebenar warga Singapura yang mengharungi tempoh yang sukar itu. Forgotten Heroes menampilkan temu bual dengan salah satu "Harimau Terbang" terakhir di dunia, diiringi kesaksian yang menyayat hati, dari keluarga wira perang dan pakar Perang Dunia II yang terkemuka.

Memberi tumpuan kepada perang manusia dengan nyamuk, Disease Hunters: Mosquito Mayhem menampilkan para pakar yang memerangi nyamuk dan mengkaji penyakit yang merebak seperti denggi dan malaria. Program tersebut meneroka huraian yang mengalakkan
kepada penyakit bawaan nyamuk, seperti antibodi monoklonal, nyamuk tereka bentuk secara genetik dan bakteria Wolbachia. Disease Hunters: Mosquito Mayhem juga merungkai cabaran-cabaran yang timbul seperti pemanasan global dan penghijrahan.

One Way pula menceritakan kisah para penduduk Hong Kong, yang merupakan dalam kalangan 90,000 orang yang meninggalkan bandar itu untuk menetap di luar negara susuli pelaksanaan Undang-undang Keselamatan Negara oleh China pada Jun 2020.Dokumentari itu menjejaki perjalanan beberapa hijrahan warga Hong Kong, dengan sebilangan mereka melarikan diri daripada tindakan keras politik, manakala yang lain hanya mahu memberikan keluarga mereka kehidupan yang lebih baik. Ia secara tidak langsung merakam harapan dan kehilangan yang dialami mereka yang berhijrah dengan secara mendalam.

Tham Loke Kheng, Ketua Pegawai Eksekutif, Mediacorp, berkata: "Kami gembira, dokumentari kami terus menerima pujian kritis di pentas global. Kemenangan berprestij ini di Anugerah Media & TV Korporat Cannes menggariskan kekuatan kami dalam menghasilkan kandungan bermutu dan berwawasan yang disampaikan melalui lensa Asia yang unik.Tahniah diucapkan kepada pasukan di sebalik penghasilan yang diiktiraf atas pencapaian cemerlang anda!"

Ditubuhkan pada tahun 2010, Anugerah Media & TV Korporat Cannes memberi pengiktirafan kepada filem korporat terbaik, produksi media dalam talian, dokumentari, dan laporan setiap tahun di Cannes, salah satu pusat filem yang paling penting di dunia.

Para penonton berpeluang menonton ketiga-tiga dokumentari CNA itu di platform meWATCH menerusi pautan https://www.mewatch.sg/.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita