Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mediacorp, PRIHATIN & Perkumpulan Seni kerjasama kumpul dana bantu seniman industri hiburan Melayu

Satu usaha pengumpulan dana diadakan oleh Mediacorp dengan kerjasama dua pertubuhan Melayu tempatan iaitu PRIHATIN Singapore dan Perkumpulan Seni Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu usaha pengumpulan dana diadakan oleh Mediacorp dengan kerjasama dua pertubuhan Melayu tempatan iaitu PRIHATIN Singapore dan Perkumpulan Seni Singapura.

Kempen Sinar Kasih bertujuan mengumpul dana bagi membantu dan mengiktiraf sumbangan beberapa seniman kepada industri hiburan Melayu tempatan.

Kesemua sumbangan derma akan disalurkan kepada sembilan bintang seni yang pernah menyinari kaca televisyen.

Mereka adalah Riz Sunawan, Zaleha Hamid, Mahadi Shor (Obe Didi), Zamberi Abdul Patah, Zainon Ismail (Mak Otek), Manisah Amat (Kumpulan Last Minute), Ahmad Indera (Kumpulan Koosmangat), Rosli Mohalim (Kumpulan Sweet Charity) dan Zubir Abdullah.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan PRIHATIN dan Perkumpulan Seni Singapura dalam menggembleng usaha masyarakat untuk menyumbang kepada seniman yang memerlukan.

"Mereka merupakan suara-suara yang pernah menghiburkan kita, wajah-wajah yang pernah menyinari kaca televisyen; dan personaliti yang membentuk persada hiburan Melayu," kata Ketua Eaglevision dan Audiens Melayu, Sabariah Ramilan.

Kini sehingga 14 April, orang awam boleh membuat sumbangan derma menerusi PayNow kepada UEN S57SS0019A (Perkumpulan Seni) atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di bawah menggunakan aplikasi mudah alih perbankan mereka.

 

kod qr

"Akhirnya segala usaha untuk mencari dana bagi membantu penggiat seni Melayu tanah air diterima dan disokong oleh para penggiat seni, masyarakat, pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan besar dan jugak pihak Mediacorp. Semoga usaha kerjasama ini dapat dijayakan bersama seterusnya di masa akan datang. Insya Allah," kata Presiden PRIHATIN, Jasmi Md Nor.

"Sokongan padu masyarakat, apatah lagi dalam semangat kita mendukung hikmah Ramadan, sedikit sebanyak dapat menceriakan kehidupan mereka. Ia juga menekankan betapa masyarakat turut menghargai bakat dan sumbangan mereka dalam bidang seni selama ini. Insya Allah," kata Timbalan Presiden PRIHATIN Encik Moliano Rasmadi.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan