Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mediacorp pelawa peserta kongsi idea bagi inisiatif SG60, hadiah termasuk wang tunai S$2,000

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp pelawa peserta kongsi idea bagi inisiatif SG60, hadiah termasuk wang tunai S$2,000

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 18 Dec 2024 09:51AM Dikemas Kini : 18 Dec 2024 09:53AM

SINGAPURA: Sempena sambutan ulang tahun ke-60 Singapura, SG60, Mediacorp melancarkan inisiatifnya sendiri.

Rangkaian media tempatan itu sedang mencari peserta untuk menyumbang idea bagi dua program SG60nya: Design Pompipi dan First Frames: SG60.

Design Pompipi adalah pertandingan yang mengajak orang awam, daripada golongan muda dan tua, untuk berkongsi pendapat mereka tentang Singapura atau SG60, melalui grafik.

Terdapat dua kategori: Kategori utama dan kategori kanak-kanak (bagi mereka berusia 12 tahun dan ke bawah).

Tiada had bagi jumlah penghantaran oleh setiap peserta. Daripada penyertaan tersebut, pengadil akan memilih 20 penyertaan bagi setiap kategori untuk dipaparkan di laman web Design Pompipi untuk pengundian awam.

Enam pelukis dengan desain paling banyak undian dalam kategori utama akan memenangi hadiah wang tunai S$2,000 dan baucar Caltex Starcash S$100.

Enam pemenang teratas dalam kategori kanak-kanak masing-masing akan diberikan wang tunai S$500.

Peserta yang berminat boleh menghantarkan desain mereka mulai sekarang hingga 5 Januari 2025 melalui laman ini.


Mediacorp juga sedang mencari peserta untuk menyumbang idea bagi inisiatif baharunya, First Frames: SG60. Tujuannya adalah untuk meneroka kisah pendek yang meraikan perjalanan dan cita-cita Singapura, sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-60 negara pada 2025.

Idea yang dikongsi perlu memikat penonton dengan watak asli dan memberi kesan emosi yang kuat. Mereka juga perlu menggabungkan elemen unik Singapura dan mempamerkan cara inovatif untuk meneroka identiti dan kisah perjalanan Singapura.

Mereka yang berminat boleh menghantarkan idea mereka mulai sekarang hingga 14 Februari 2025 melalui laman ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan