Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mediacorp menang anugerah Penyiar Terestrial Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2022, rangkul 8 anugerah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mediacorp membawa pulang Anugerah Penyiar Terestrial Terbaik iaitu hadiah terbesar Anugerah Televisyen Asia (ATA) pada Khamis (8 Dis).

Pemenang bagi semua kategori Teknikal dan Pengaturcaraan diumumkan di majlis makan malam ATA yang berlangsung di Resorts World Sentosa

"Kami sangat berbesar hati kerana dinobatkan Penyiar Terestrial Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2022. Pencapaian ini tidak mungkin berlaku tanpa kerja keras, dedikasi dan usaha gigih untuk mencapai kecemerlangan oleh semua anggota keluarga Mediacorp," kata CEO Mediacorp, Tham Loke Kheng.

"Kami juga berterima kasih kepada rakan-rakan kongsi industri kami atas sokongan mereka dan akan mendapat inspirasi daripada kemenangan ini untuk terus mencipta kandungan yang menarik dan berkualiti untuk penonton kami."

Kemenangan besar itu menjadikan jumlah keseluruhan anugerah yang dimenangi Mediacorp kepada lapan.

Mediacorp merangkul tujuh anugerah lain pada 1 Disember di acara siaran langsung ATA di mana pemenang dalam kategori Hiburan dan Persembahan diumumkan di Teater Aliw di Pasay City, Filipina.

Pemenang lain termasuk Eswari Gunasagar yang membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama untuk wataknya sebagai pejuang seni mempertahankan diri campuran dalam siri Tamil Fearless Heart Vasantham atau Achamillai Manamae.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Sokongan diberikan kepada pelakon Saluran 8, Jeffrey Xu, dalam drama bersiri The Takedown. Beliau memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik di Star Awards awal tahun ini untuk watak yang sama.

Norman Ishak merangkul Anugerah Persembahan Lelaki Utama Terbaik - Digital dalam drama bersiri Melayu bertajuk 'Identiti'.
Penyampai radio 987FM, Sonia Chew pula membawa pulang anugerah Pengacara/Penyampai Terbaik – Digital untuk musim kedua podcast Men, Explain.

Darren Lim memenangi anugerah Penyampai Hal Ehwal Semasa Terbaik (Cooking For A Cause: India Patients), Inside Crime Scene: Inside The Mind Of A Serial Killer buat Program/Siri Digital Bukan Fiksyen Terbaik dan Ekspedisi Ekstrem untuk Program Gaya Hidup Terbaik.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan