Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mediacorp lancar Bloomr.SG MCN Accelerator buat tahun kedua

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp lancar Bloomr.SG MCN Accelerator buat tahun kedua

Pencipta kandungan Daryl Goh (kiri) dan Mark Yeow (kanan) antara peserta yang berjaya tamatkan program Bloomr.SG MCN Accelerator. (Gambar: @dargoyaki/Instagram; @heymarkeh/Instagram)

Diterbitkan : 13 Jul 2022 01:59PM Dikemas Kini : 13 Jul 2022 01:59PM

SINGAPURA: Adakah anda berhasrat unutk menjadi bintang terbaru di media sosial?

Ini yang boleh anda buat... 

Mediacorp mengumumkan edisi kedua Bloomr.SG MCN (Rangkaian Berbilang Saluran) Accelerator pada Khamis (7 Jul). Program itu sebahagian usaha Mediacorp untuk memupuk pencipta kandungan digital yang berbakat. 

Edisi pertama program tersebut menyaksikan sebanyak 60 saluran YouTube tempatan yang mengambil bahagian dalam menghasilkan lebih 1,600 video baru, sekali gus jumlah penonton naik lebih 400 peratus dan sebanyak 3.19 juta pelanggan baru dilaporkan antara mereka. 

Tahun ini, Bloomr.SG MCN Accelerator berpegang pada moto "lebih besar, lebih baik" sedang ia cuba mendapatkan pencipta kandungan di platform-platform video media sosial yang lain selain YouTube. 

Ini peluang yang baik bagi mereka yang ingin menjadi bintang TikTok. 

Menyusuli penubuhan Bloomr.SG MCN Accelerator pada 2020, yang menjadikannya MCN rasmi Singapura yang pertama di YouTube, Bloomr.SG MCN Accelerator ingin memberi sokongan yang diperlukan bagi pencipta kandungan digital agar berdaya tahan dalam kerjaya mereka - sejajar dengan misi Mediacorp untuk membangunkan ekosistem bakat kreatif tempatan. 

Walaupun ia dikendalikan oleh Mediacorp, Bloomr.SG MCN Accelerator turut disokong oleh pelbagai rakan industri seperti YouTube, Meta, Av8 Media dan Persatuan Karyawan Perfileman Singapura (SAMPP). 

Sekurang-kurangnya 12 bengkel akan diadakan sepanjang tahun ini mulai Ogos, sekali gus menyediakan latihan dan sokongan bagi pencipta kandungan tempatan dari segi pendidikan dan latihan, sumber dan pengiktirafan, pembangunan kandungan dan hak cipta intelek (IP) serta penjanaan pendapatan. 

Mereka yang berjaya tamatkan program itu akan meraih peluang untuk membangunkan projek-projek tersendiri di mana mereka boleh menjana pendapatan dan mungkin melihatnya disiarkan di semua rangkaian Mediacorp. 

Peserta sebelum ini termasuk Mark Yeow, Daryl Goh (juga dikenali sebagai Dargoyaki), yang memenangi anugerah Pinwheels bagi Video Komedi/Drama Terbaik, serta saluran satira dan parodi The Mockingbird News. 

Sesiapa saja yang ingin menjadi bintang terbaru di media sosial, diseru agar jangan melepaskan peluang ini. 

Permohonan bagi Bloomr.SG MCN Accelerator dibuka sehingga 22 Jul di laman web rasminya.

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa