Skip to main content

Hiburan

Mediacorp kekal rangkaian radio nombor 1 di S'pura

Mediacorp terus kekal sebagai rangkaian radio nombor satu di Singapura. Stesen-stesen radio Mediacorp menduduki lapan daripada 10 tangga teratas dalam Tinjauan Diari Radio Nielsen yang terbaru.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jun 2019 09:12PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 10:12PM

SINGAPURA: Mediacorp terus kekal sebagai rangkaian radio nombor satu di Singapura.

Stesen-stesen radio Mediacorp menduduki lapan daripada 10 tangga teratas dalam Tinjauan Diari Radio Nielsen yang terbaru.

Empat stesen radio yang menduduki tangga teratas merupakan stesen-stesen radio Mediacorp, dengan stesen radio bahasa Cina YES 933 mendahului senarai.

Ini diikuti oleh stesen radio LOVE 972, CLASS 95 dan CAPITAL 958.

Stesen-stesen radio Mediacorp Warna 94.2FM, 987 dan GOLD 905 juga terus mengekalkan kedudukan dalam 10 tangga teratas.

Buat pertama kalinya dalam masa sedekad, stesen radio Ria 89.7FM memasuki senarai yang sama.

Secara purata, empat daripada lima pendengar radio mengikuti siaran stesen radio Mediacorp setiap minggu.

Tinjauan itu dijalankan antara Mac hingga Mei tahun ini dan ia memantau tabiat mendengar radio di kalangan lebih 2,000 pendengar yang berusia 15 tahun ke atas.

Selain menguasai gelombang udara, Mediacorp juga menguasai wadah digital dengan tiga daripada empat pendengar mengikuti siaran stesen radio Mediacorp secara online.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita