Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mediacorp, iflix bawa kandungan terbitan S'pura kepada penonton Asia

Mediacorp pada Selasa (9 Apr) mengumumkan kerjasama strategik dengan iflix, penyedia khidmat hiburan terkemuka di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp, iflix bawa kandungan terbitan S'pura kepada penonton Asia

(Gambar: iflix, Mediacorp)

Diterbitkan : 09 Apr 2019 10:03PM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 11:32PM

SINGAPURA: Mediacorp pada Selasa (9 Apr) mengumumkan kerjasama strategik dengan iflix, penyedia khidmat hiburan terkemuka di Asia Tenggara.

Kerjasama tersebut akan membuka laluan kepada para pelanggan di 13 negara merata Asia untuk menikmati lebih 500 jam kandungan Mediacorp dalam bahasa Inggeris dan Mandarin yang diterbitkan di sini.

Kandungan premium Mediacorp juga akan disediakan melalui iflixVIP, wadah Video Langganan Ikut Permintaan dan iflixFREE, wadah yang dibiayai melalui iklan.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan iflix untuk membawa kandungan buatan Singapura kepada lebih ramai penonton di rantau ini. Kerjasama ini sekali lagi membuktikan mutu dan daya tarikan kandungan Mediacorp yang merentasi bahasa dan budaya.

"Jangkauan geografi iflix boleh membantu memperluaskan pengaruh hiburan kami di Asia, menyusuli perjanjian yang dimeterai dengan pemain penstriman lain seperti Netflix, dan Youku serta Tencent di China," kata Ketua Pegawai Kandungan Mediacorp, Doreen Neo.

Mulai April, semua pelanggan iflix di Asia akan mendapat akses kepada koleksi drama, rancangan hiburan dan filem terbitan Mediacorp.

Ini termasuk siri klasik berbahasa Cina yang banyak memenangi anugerah seperti The Unbeatables III, The Little Nyonya dan C.L.I.F., serta rancangan popular berbahasa Inggeris seperti Code Of Law dan Phua Chu Kang.

Mediacorp juga akan menyiarkan secara serentak musim kedua drama Inggeris, KIN, supaya penonton iflix dapat menonton drama tersebut serentak dengan penonton di Singapura.

iflix mempunyai jangkauan yang luas merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Sri Lanka, Pakistan, Myanmar, Vietnam, Maldives, Kemboja, Nepal dan Bangladesh.

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan