Mediacorp dedah senarai calon Anugerah Skrin Mediacorp 2025
Anggaran Waktu Membaca:
Logo Mediacorp dilancarkan pada 8 Disember 2015. (Gambar: Xabryna Kek)
SINGAPURA: Pada Khamis (14 Ogos), Mediacorp mengumumkan senarai pencalonan bagi Anugerah Skrin Mediacorp yang julung-julung kali diadakan.
Majlis anugerah itu akan berlangsung secara tertutup pada 29 Ogos di Pan Pacific Orchard, dan bertujuan untuk mengiktiraf bakat di sebalik tabir daripada masyarakat penerbitan Cina, Melayu dan India - termasuk pengarah, penulis skrip, pengarah sinematografi dan banyak lagi.
Dalam kenyataan medianya, Mediacorp memaklumkan bahawa 21 anugerah akan disampaikan pada majlis itu, yang dibahagikan kepada tujuh kategori, masing-masing untuk penerbitan dalam bahasa Cina, Melayu dan India.
Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut bagi setiap bahasa:
- Arahan Terbaik (Drama)
- Arahan Terbaik (Hiburan)
- Sinematografi Terbaik (Drama)
- Lakon Layar Terbaik (Drama)
- Skrip Kajian Terbaik (Hiburan)
- Suntingan Terbaik (Drama)
- Suntingan Terbaik (Hiburan)
Senarai penuh pencalonan bagi kategori bahasa Melayu:

Majlis Anugerah Skrin Mediacorp 2025 akan dihoskan oleh Irene Ang, Suhaimi Yusof, Vadi Pvss, dan Jean Danker.
Tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan langsung daripada Shabir Sulthan, Hady Mirza, dan Tasha Low.
Dalam kenyataannya, Ketua Pegawai Pembangunan Pelanggan dan Korporat Mediacorp Angeline Poh, berkata: “Mutu calon bagi Anugerah Skrin Mediacorp yang pertama ini adalah bukti kukuh kepada bakat dan kreativiti yang mendorong industri media Singapura.
Dari penulisan skrip hingga ke suntingan akhir, setiap calon menunjukkan penguasaan yang luar biasa dalam bidang masing-masing, mengingatkan kita bahawa keajaiban yang kita lihat di skrin bermula dengan semangat dan kepakaran di belakang kamera.
"Kami amat berbangga untuk memberi penghargaan atas pencapaian mereka dan tidak sabar untuk meraikan malam yang didedikasikan kepada para arkitek hiburan ini.”

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.