Mediacorp buka uji bakat bagi siri baharu 'The Little Nyonya' untuk semua kaum
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan gambar daripada siri asal Little Nyonya. (Gambar: Mediacorp)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Jika anda bercita-cita untuk mencipta nama dalam dunia televisyen Singapura, ini peluang anda.
Syarikat penyiaran nasional, Mediacorp, mengumumkan pada Khamis (25 Jun) bahawa ia sedang menerbitkan siri ketiga bagi drama popular 'The Little Nyonya' dan kini sedang mengadakan uji bakat terbuka untuk watak utama dan watak pembantu.
Menurut Mediacorp, "individu yang dipilih akan menerima latihan dan sokongan yang disesuaikan mengikut watak serta pengalaman mereka".
Sesiapa yang menyerlah juga berpeluang untuk dipertimbangkan bagi projek-projek akan datang, serta ditawarkan kontrak bersama Mediacorp.
Permohonan terbuka kepada semua kaum tetapi mereka harus berusia antara 18 hingga 35 tahun. Untuk memohon, anda hanya perlu menghantar emel yang mengandungi maklumat berikut ke castingenquiries [at] mediacorp.com.sg:
- Gambar profil (headshot) dan gambar penuh separuh badan yang terbaharu
- Nama, umur, ketinggian, dan nombor telefon
- Resume lakonan (jika ada)
- Video pengenalan diri dalam bahasa Cina bawah 30 saat
Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Julai, dan mereka yang disenarai pendek akan dipelawa ke sesi uji bakat tertutup pada 18 dan 19 Julai.
Siri ketiga 'The Little Nyonya' ini dijadual ditayangkan pada 2028.
Ia akan diterajui oleh penerbit eksekutif Canter Chia dan ditulis oleh penulis skrip Ang Eng Tee, yang juga menulis untuk dua siri terdahulu.
Siri asal 'The Little Nyonya' mula ditayangkan di Channel 8 Mediacorp pada 2008, mengisahkan tentang kehidupan Yueniang (lakonan Jeanette Aw), seorang wanita Peranakan yang mengharungi pelbagai cabaran hidup selama berdekad-dekad.
Siri kesinambungannya, 'Emerald Hill', ditayangkan pada 2025 yang dibintangi oleh Tasha Low, Chantalle Ng, dan Ferlyn Wong - dengan Jeanette Aw kembali memegang watak sebagai Yueniang.
'Emerald Hill' mencatat kejayaan luar biasa apabila menarik lebih 2.1 juta penonton di Singapura dan menjadi drama Singapura pertama yang menduduki tangga nombor satu di Netflix Singapura.
Dalam kenyataannya, Virginia Lim, iaitu ketua pegawai kandungan dan bakat Mediacorp berkata: "The Little Nyonya terus diminati ramai kerana kekuatan watak dan persembahannya. Sambil kita melangkah ke babak seterusnya, kami membawa legasi ini dengan matlamat yang jelas untuk masa hadapan.
"Kami mencari individu yang mempunyai personaliti, kepelbagaian bakat, dan komitmen tinggi untuk menggalas watak-watak ini. Kami percaya bakat yang hebat boleh datang dari mana-mana sahaja, dan mereka yang terpilih akan dibimbing serta dibantu untuk memenuhi keperluan produksi ini. Pencarian ini adalah untuk mencari orang yang paling sesuai bagi meneruskan kisah ini."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.