Skip to main content

Hiburan

Mediacorp bakal siarkan hampir 4,000 jam liputan Sukan Olimpik Paris, dengan 17 saluran khas mewatch

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp bakal siarkan hampir 4,000 jam liputan Sukan Olimpik Paris, dengan 17 saluran khas mewatch

Gambar: Aurelien Morissard/AP

Diterbitkan : 03 Jul 2024 12:54PM Dikemas Kini : 03 Jul 2024 12:55PM
SINGAPURA: Mediacorp akan menyiarkan aksi Olimpik Musim Panas Paris 2024 melalui wadah-wadahnya dari 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

Rangkaian media itu akan menyiarkan hampir 4,000 jam liputan temasya tersebut, termasuk liputan langsung serta aksi sukan atas permintaan dan sorotan-sorotan terpilih.

Selain 17 saluran mewatch yang dikhaskan untuk pelbagai acara, peminat juga boleh mengikuti perkembangan terkini temasya itu melalui saluran YouTube Mediacorp Entertainment,
selain sorotan dan kemas kini di Saluran 5.

Menjelang temasya sukan itu, Mediacorp juga akan menyiarkan satu siri video berjudul Road To Paris 2024, mengenai atlit dan para-atlit Team Singapore pilihan.

Siri itu kemudian akan disiarkan di Saluran 8, Saluran U, Suria dan Vasantham mulai 10 Julai.

Selepas Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024, Mediacorp akan menyiarkan liputan Sukan Paralimpik Musim Panas Paris 2024 pula, dari 29 Ogos hingga 9 September di semua platformnya.

Butiran lanjut akan diumumkan kelak.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Pegawai Pembangunan Pelanggan & Korporat Mediacorp, Angeline Poh berkata: "Dengan akses kepada sajian liputan tempatan paling meluas bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 (menerusi platform) Mediacorp, warga Singapura boleh mengikuti aksi sukan dan menyokong Team Singapore di temasya itu."
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita