MBS tawar pakej penginapan, tiket VIP bagi konsert Taylor Swift dengan harga bermula $10,000
Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Taylor Swift membuat persembahan di Nashville, Tenn., pada 5 Mei 2023. (Gambar fail: George Walker IV/AP)
SINGAPURA: Para peminat Taylor Swift yang inginkan pengalaman yang lebih gah ketika menghadiri konsertnya di Singapura pada Mac nanti - dan sanggup membayar sekurang-kurangnya S$10,000 untuk pengalaman itu - boleh meninjau-ninjau pakej yang akan dilancarkan oleh Marina Bay Sands tidak lama lagi.
Ketiga-tiga pakej yang ditawarkan itu mengandungi tiket VIP, penginapan di hotel itu serta 'Resort Dollars' untuk berbelanja.
Pakej-pakej itu - yang dinamakan berdasarkan judul lagu Taylor Swift - akan mula dijual pada Khamis (23 Nov) pada 10.00 pagi dan akan dijual selagi stok masih ada.
Terdapat enam tempoh penginapan daripada 1 Mac hingga 11 Mac untuk dipilih, di mana para tetamu akan menghadiri konsert pada malam kedua penginapan itu. Semua harga yang disenaraikan tidak termasuk caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pakej 'Stay Stay Stay' bermula daripada S$10,000 dan mengandungi barangan berikut:

- Dua pakej VIP bagi kategori 'Karma Is My Boyfriend' yang mengandungi tiket dan barangan dagangan (merchandise)
- Penginapan tiga malam di 'Sands Premier Garden View Room' yang baru diubah suai
- Pengalaman makan malam untuk dua orang di Koma Singapore bernilai S$1,000
- S$1,200 dalam bentuk Resort Dollars untuk perbelanjaan di The Shoppes di Marina Bay Sands
- Akses untuk memasuki semua kemudahan di kawasan Marina Bay Sands, seperti Muzium ArtScience
- Dua pakej VIP 1 bagi kategori It’s Been A Long Time Coming yang mengandungi tiket dan barangan dagangan
- Penginapan tiga malam di 'Sands Premier Garden View Suite'
- Pengalaman makan malan untuk dia orang di Koma Singapore bernilai S$1,000
- S$1,200 dalam bentuk Resort Dollars untuk perbelanjaan di The Shoppes di Marina Bay Sands
- Akses untuk memasuki semua kemudahan di kawasan Marina Bay Sands, seperti Muzium ArtScience
- Perjalanan ulang-alik percuma menaiki limosin
- Empat pakej VIP 1 bagi kategori It’s Been A Long Time Coming yang mengandungi tiket dan barangan dagangan
- Penginapan tiga malam di Paiza dua bilik
- 'Suite Signature Sea View' dengan bar yang dilengkapi dengan minuman
- Pengalaman sajian makan oleh cef selebriti Wolfgang Puck di Spago Dining Room bernilai S$2,000
- S$2,400 dalam bentuk Resort Dollars untuk perbelanjaan di The Shopees di Marina Bay Sands
- Akses memasuki semua kemudahan di kawasan Marina Bay Sands, seperti Muzium ArtScience
- Perjalanan ulang-alik percuma menaiki limosin
Sumber : CNA/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.